July 3, 2015

11 Makanan Yang Boleh Turunkan Kolestrol

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni feeling free nak menulis. Ok saya nak kongsikan tentang makanan yang boleh menurunkan kolestrol. 

Saban hari kita terlalu terdedah dengan pemakanan yang tidak sihat kerana kesibukan rutin harian. Sibuk bekerja menyebabkan kita seringkali makan di luar dan tidak tahu tahap kolestrol yang kita makan.

Rata-rata hari ni semakin ramai golongan muda juga turut terjebak menghidap penyakit jantung. Hal ini berlaku kerana amalan pemakan harian yang tanpa disedari mengandungi kolestrol yang tinggi.



1) Kacang Soya
Produk yang berasaskan soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Kandungan kalsium dan mineral membantu untuk memecahkan lemak dan menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotien ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

2) Kuaci
Dengan mengamalkan memakan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau biji matahari dapat menambahkan zat besi dalam tubuh kita. Kuaci sememangnya kaya dengan kandungan zat besi. Secara tak langsung kuaci dapat menurunkan paras kolestrol.

3) Buah-buahan kering
Flavanoid dan serat banyak terdapat dalam kurma. Jadi dengan memakan kurma ianya boleh menyingkirkan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Flavanoid juga boleh didapati dalam sumber makanan lain seperti teh, brokoli, tomato, bawang, dan buah delima.

4) Epal
Kajian menunjukkan dengan memakan sebiji epal atau jusnya selepas mengambil makanan segera, ianya dapat mengimbangkan kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak dalam tubuh. Ia juga beruapaya untuk  mengurangkan kolestrol dalam badan.

5) Ikan Tuna
Tuna merupakan salah satu sumber asid lemak omega-3 selain salmon dan sardin. Kandungan asid lemak omega-3 berupaya melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL dalam tubuh.

6) Kacang Tanah
Kacang tanah yang dipanggang terutamanya mengandungi lemak yang sihat dan kaya dengan Vita E. Vitamin E dapat membantu diri dari menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan pada masa yang sama mampu mengelakkan diri anda daripada serangan jantung. 

7) Mangga
Mangga kaya dengan vitamin C sekali gus berupaya mencegah LDL dalam tubuh. Buah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi juga boleh menurunkan paras kolestrol.

8) Kismis
Dengan mengamalkan 400 kalori kismis setiap hari dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak lapan peratus. Sebatian yang terkandung dalam kismis mampu menurunkan paras kolestrol.

9) Jambu Batu
Dengan hanya mengamalkan jambu batu sebiji sehari selama sebulan mampu menurunkan paras kolestrol sebanyak 18.8 peratus. Disamping itu juga jambu batu dapat mengurangkan berat badan.

10) Tomato
Tomato dapat mengurangkan paras kolestrol jahat dalam darah. Anda juga digalakkan meminum 2 gelas jus tomato sehari untuk mendapat hasil yang lebih baik dalam proses menurunkan kadar kolestrol.

11) Buah Delima
Buah delima mampu mengurangkan pertumbuhan plak kolestrol dan pada masa yang sama meningkatkan produksi oksida nitrat. Kesannya, ia dapat membantu anda mengurangkan plak pada arteri. Ia sangat bagus untuk tubuh dalam menurunkan kadar kolestrol.











No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.