Jerebu oh jerebu

Wednesday, October 21, 2015
Allah Allah Allah

Alhamdulillah hari ni baru ada kekuatan untuk menulis. Aku cuba kuatkan semangat sebab x brapa nak sihat 2 3 hari ni. Maklumlah keadaan cuaca yang sangat tidak baik. Kuning warna. Ya Allah aku takut dengan kuasaMu. Ampunkan aku ya Allah.

Udara sekarang ni dah beracun dan bacaan IPU sangat tinggi. Banyak sekolah ditutup sebab kualiti udara sangat tidak elok untuk kesihatan. Ya Allah ampunkanlah hambaMu ni. Kuatkan kami dalam menghadapi semua dugaan mu.

Anak-anak pun banyak yang kene selesema dan sesak nafas. Aku bersyukur sebab anak-anakku tak berapa teruk dan keadaan masih terkawal. Segala aktiviti luar rumah dikurangkan sebab cuaca yang tak elok ini. Aku terpaksa tinggalkan anak-anak dirumah demi tuntutan kerja. huhuhu..sedih weh..

Banyakkan minum air masak untuk atasi sakit tekak dan makanlah suplemen untuk mengimunkan badan. Walau kadang-kadang kita sakit juga namun sekurang-kurangnya kita cuba untuk sihat. Musim-musim jerebu ni kurangkan aktiviti luar

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.