Broaden

November 16, 2015

Pengalaman Sebagai Seorang Peniaga

Hai Hai Hai

Assalamualaikum semua...

Saya baru balik dari bercuti ni. Balik kampung tengok mak kat kampung di Kelantan nuuu.. Biasalah orang tua kan. Bila dah lama tak tengok cucu mesti rindu. Saya pun balik lah bawak 2 tentera tuu..hoho..

Balik kampung tanpa suami memang mencabar sebab anak-anak taknak kat orang. Seminggu huru hara dunia tapi itulah indahnya bila ada anak kan kan? Syukur alhamdulillah saya ada 2 kakak yang sporting morting yang tolong bawak kami anak branak nak balik kampung.

Orang kata bisnes online ni senang namun bila anda dah ceburkan diri dalam bidang ni. Hanya yang mengalami saja yang tahu. Haha. Namun saya sangat enjoy dengan bisnes produk S yang saya ceburi  sekarang ni. Saya tak perlu menyimpan stok banyak-banyak sebab saya boleh buat secara online. Saya juga tak perlu berkejar ke stokis untuk mengambil barang sebab semuanya diuruskan oleh pihak Shaklee.

Alhamdulillah saya telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih bisnes Shaklee untuk berniaga secara online kerana buat masa ni saya masih lagi bekerja dan masa saya sangat terhad. 

Saya pernah bekerja sebagai pekerja Seven Eleven dengan gaji RM650/bulan. Haha mase tu rasa kaya sangat-sangat dah. Dapat gaji 2 kali sebulan jadi tiap-tiap tengah bulan dan hujung bulan dapat lah shopping macam2. haha rasa sungguh kaya dah mase tu sebab xde tanggungan. Dapat duit hanya untuk belanja diri sendiri. 

Saya pernah kerja sebagai penjual tiket bas. Jadi penjaga kaunter tiket bas. Jual pakaian kat pasar malam semua dah merasa. haha. sebab tu hati pon dah kental kot.huwaaa...

Oklah ..nnt menulis lagi... babaiii...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.