PERLUKAH PERNIAGAAN INTERNET ATAU "ONLINE BUSINESS" DIDAFTARKAN ???

Sunday, November 29, 2015


Haaa.. Ramai antara kita hari ini ingin memulakan bisnes online tapi tak tahu cara. Ada yang main hentam kromo saja. Sebab tu kena ada ilmu. Mari kita rungkai sikit pasal masalah ni ye.

Definisi perniagaan mengikut seksyen 2, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 meliputi apa-apa bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapat keuntungan. Walaupun tiada premis bagi perniagaan "online', ianya perlu didaftarkan sebagai suatu perniagaan sebab ia tertakluk dalam definisi ini.

Kelebihan mendaftarkan perniagaan internet :


1) Meningkatkan keyakinan pengguna untuk berurusan dengan kita.

2) Memudahkan pengguna membuat versikasi status perniagaan.

3) Mempunyai identiti di peringkat global, sesuai dengan prospek pemasaran yang luas melalui internet.

4) Sesuatu perniagaan yang tidak berdaftar tidak akan dapat dibantu oleh mana-mana agensi penguatkuasaan kerana perjalanan perniagaan itu adalah tidak sah disisi undang-undang.

BENTUK PERNIAGAAN YANG PERLU DIDAFTARKAN DI SSM


1) Perniagaan milik tunggal yang dimiliki oleh seorang pemilik (individu).

2) Perniagaan perkongsian yang dimiliki oleh 2 - 20 orang pemilik.

Selain itu, terdapat juga bentuk perniagaan seperti syarikat Sdn. Bhd. / Berhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), masing-masing mengikut akta Syarikat 1965 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang perlu didaftarkan di SSM.

FAEDAH MENDAFTARKAN PERNIAGAAN DI SSM

1) Untuk mendapatkan entiti yang sah disisi undang-undang iaitu layak mengikat kontrak, perjanjian dengan pihak bank/agensi kerajaan dan membantu waris menuntut hak harta/wang daripada perniagaan berkenaan.

2) Melayakkan untuk mendapatkan kemudahan perlindungan insuran yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada golongan penjaja dan peniaga kecil.

3) Melayakkan untuk membuat pinjaman mikro yang diperkenalkan oleh pelbagai agensi kerajaan  -  Bank Rakyat, TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia, MARA dan SME.

4) Mendapatkan kemudahan menjalankan perniagaan seperti lesen premis dan permit.

5) Untuk membolehkan kerajaan dan pihak berkuasa/agensi lain mendapatkan maklumat terkini dan tepat bagi menyediakan dasar dan kemudahan untuk meningkatkan taraf perniagaan dan kehidupan golongan berkenaan.

6) Mendapat kemudahan menghadiri seminar dan latihan untuk meningkatkan kemahiran dalam menjalankan perniagaan secara sistematik dan teratur.

SYARAT UNTUK PENDAFTARAN PERNIAGAAN MILIK TUNGGAL DI SSM


1) Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap dan berumur 18 tahun  ke atas.

2) Perniagaan dijalankan di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

RM40 setahun - Nama perniagaan sendiri (contoh : Ali bin Ahmad)

RM70 setahun - Nama perniagaan (contoh : Maju Enterprise)




No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.