December 28, 2015

Diary bisnes



Saya budak baru belajar. Buku ni lah saya bawak ke hulu ke hilir. Pergi keje balik keje.

Balik kampung bercuti semua saya bawak buku ni..

Mase kene ragut tempoh hari nasib baik buku ni takde dalam beg..alhamdulillah..

Segala benda saya catat dlm ni..
Orang order
Perancangan saya
Tentang aktiviti bisnes saya
Semua saya catat dalam ni

Bila ada order saya pasti akan belek dan catat dalam ni..Bila ada ilmu2 penting yang saya dapat saya mesti catat dalam ni.

Biar ianya lunyai namun apa yang ada dalamnya hanya saya yang tahu betapa bernilainya ia..

Muka surat yang kosong dah tinggal beberapa helai saja..nampaknya tahun baru kene ada buku baru.haha..

Sejak berbisnes online ni buku ni lah saya bawak ke hulu ke hilir. Semua benda saya catat dalam ni.

Sempena tahun baru 2016 saya kene beli buku baru lah gamaknya sebab banyak lagi benda saya nak buat. Nak plan betul-betul bisnes ni. Cita-cita setinggi langit. Tapi tanpa perancangan yang betul takkan kemana. Hidup ini try and error. Aku tak boleh lagi berputus asa dengan hidup banyak benda aku nak buat. 

Ya Allah. Kuatkan aku dan berikan lah aku kekuatan untuk mencapai segala cita-citaku amin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.