5 Cara Untuk Mengatasi Perut buncit

Wednesday, January 20, 2016




Semua orang ingin bentuk badan yang cantik dan menarik bukan? Bila perut kelihatan buncit sikit mesti orang tegur ada isi ke (mengandung) ? Alamak malunya padahal tak mengandung pun tapi sebab tak jaga badan dan pemakanan yang betul maka terjadilah perut buncit mengalahkan orang hamil. 

Jadi disini saya ingin kongsikan beberapa tips atau cara untuk mengatasi masalah perut buncit yang sering kita alami. Tak semua bernasib baik yang memiliki bentuk tubuh yang menawan seperti yang diidamkan. Tambah-tambah lagi wanita yang berumur 30 tahun keatas kerana kadar metabolisma sudah semakin menurun dan boleh menyebabkan obesiti.

Antaranya ialah seperti berikut :

💕 Melakukan senaman perut terutamanya di bahagian perut
Mengamalkan senaman perut seperti bangkit tubi atau berjalan setiap hari mampu mengelakkan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut. Perut juga akan kelihatan lebih tegap dan kempis.

💕 Makan snek diantara waktu makan malam
Mengambil snek sebelum makan malam mampu mengelakkan kita makan terlalu banyak ketika makan malam. Pengambilan snek yang sihat terbaik adalah seperti biskut oat, sandwich, salad atau buah-buahan dan yogurt.

💕 Postur badan
Kedudukan yang betul sangat penting untuk memastikan otot perut dapat ditegakkan sepanjang masa bagi mengelakkan daripada perut buncit. Pastikan postur badan sentiasa dalam keadaan yang betul semasa melakukan semua aktiviti.

💕 Probiotik
Makan makanan yang mengandungi sumber probiotik seperti yogurt untuk kesihatan usus kita. Usus yang sihat mampu melakukan proses penghadaman dan pencernaan yang lancar secara tidak langsung mengelakkan perut menjadi buncit.

💕 Pengambilan serat
Pengambilan serat sangat penting untuk melancarkan proses pembuangan najis atau toksin dalam badan. Jika toksin dapat dibuang setiap hari, badan akan menjadi ringan dan perut akan menjadi lebih sihat. Banyakkan makanan seperti sayur-sayuran atau buah-buahan untuk sumber serat yang terbaik. 

💕 Pengambilan protein
Sumber protein sangat penting dalam membentuk otot badan termasuk di bahagian perut. Jika inginkan perut yang kempis anda disarankan mengambil sumber protein daripada soya, ikan, telur dan ayam. Suplemen soya seperti ESP juga sangat membantu dalam mengempiskan perut dan membekalkan tenaga. KLIK SINI.

Jadi amalkan gaya hidup yang sihat supaya sentiasa kekal langsing dan sihat supaya dapat menjalankan aktiviti harian dengan sempurna. 



Love to share
Safeni Feni
01115672780

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.