March 8, 2016

8 Langkah Toleransi Dalam Rumah Tangga


Haa.. Syok baca tajuk kan. Ok saya nak share dengan semua beberapa langkah toleransi dalam rumah tangga supaya kekal bahagia sampai syurga. Walaupun kadang-kadang ada juga berselisih faham kan. Tapi jangan jadikan itu isu untuk kita terus bermasam muka sesama pasangan. Jadi mari kita ikuti tips dibawah :


1. Ciuman

Mulakan setiap pagi dengan mencium pasangan masing-masing. Tanpa kita sedar bahawa ciuman adalah hadiah paling istimewa kerana terkandung nilai sentimental dalamnya. Dengan ciuman setiap pagi, pasti pasangan anda akan berasa dihargai.


2. Senyum

Senyum itu salah satu jenis sedekah. Melalui senyuman, anda bisa membuatkan pasangan rasa dirinya begitu berharga. Rasa kasih sayang sesama pasangan juga bertambah dari masa ke semasa.

3. Sentuhan

Sentuhan boleh menyatakan maksud tersirat perasaan anda kepada pasangan. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Sudah tentu pasangan anda akan memahaminya.


4. Cincin perkahwinan

Biarpun usia perkahwinan lebih dari 5 tahun, pakailah cincin perkahwinan setiap masa. Menerusinya anda akan berasa dekat dengan pasangan setiap kali melihatnya.

5. Hormat

Dalam memelihara keharmonian rumah tangga, suami dan isteri perlu sama-sama menjaga adab dengan mempunyai perasaan hormat kepada pasangan. Adab perlulah sentiasa dijaga supaya tidak menyakiti hati antara satu sama lain.

6. Berbudi bahasa

Sebagai isteri, sentiasa lemah lembut dalam perbuatan dan pertuturan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami rasa disayangi.

7. Hadiah

Berikan hadiah kepada pasangananda semasa hari-hari pentingnya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan, itu bererti anda sentiasa mengingati hari tersebut. Bukan itu sahaja, pada hari biasa pun anda boleh memberikan hadiah sebagai kejutan.


8. Bercuti

Rancanglah percutian bermula dari awal tahun lagi. Sebaik-baiknya berdua. Namun membawa anak-anak sekali pun boleh. Paling minimum setahun sekali. Bercuti ke tempat-tempat yang menarik boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.