7 PETUA MENEGANGKAN KULIT MUKA

Wednesday, April 20, 2016


PISANG

Kisar kulit sebiji pisang masak hingga halus dan gaul bersama sebiji putih telur sehingga sebati. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.


PUTIH TELUR

Pukul putih telur hingga kembang dan dibancuh dengan sedikit tepung sagu. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman.

Bilas muka dengan air bersih dan lumur timun yang telah diparut. Biarkan selama beberapa ketika dan bilas dengan air sejuk. Amalkan seminggu sekali.


BUNGA MELUR DAN CEMPAKA

Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. Lumurkan ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Keesokkan hari cuci muka dengan suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih.



BERAS PULUT, KULIT KAYU MANIS DAN KUNYIT HIDUP

Tumbuk halus sedikit beras pulut bersama sedikit kulit kayu manis dan seketul kunyit hidup. Lumur ke seluruh muka dan leher sebelum tidur. Keesokkan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan 2 kali seminggu.



SUSU TEPUNG DAN PUTIH TELUR

Ambil beberapa sudu susu tepung dan campurkan bersama putih telur. Lumurkan seluruh muka dan biarkan sehingga kering. Apabila masker dah kering  bilas dengan air bersih. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan 2 kali seminggu.



HERBA DI DAPUR

Kunyit, madu, telur, yoghurt dan susu dicampur dan dibancuh untuk dijadikan masker wajah. Sama seperti yang lain. Lumurkan ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air sejuk. 


MASKER VITAMIN E DAN ESP SHAKLEE

Petua ini adalah paling best dan sangat mudah untuk dibuat. Masker ESP dan Vitamin e. Ambil satu sudu ESP dan satu biji Vitamin E. Bancuh sekata sehingga sebati. Pastikan vitamin dipicit sempurna kerana Vitamin sangat baik untuk kulit. Lumurkan ke muka dan biarkan kering. Bila dah kering bilas muka dengan air bersih. Lap sehingga kering.


Dah tahu petua nak buat kulit tegang tanpa botox atau suntikan kan? Marilah kita sama-sama cantik dan kelihatan menawan untuk kepuasan diri sendiri dan sedap mata orang yang memandang. Kecantikan itu bermula dari dalam.  


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.