Setelah Seminggu Membisu Seribu Bahasa

Thursday, April 14, 2016
Waa ini adalah cerita minggu lepas. Setelah ulser penuh mulut. Menangis dalam hati. Sebab nak menangis keluar suara tak boleh sakit sangat. Pastu dengan anak kecik plak kene demam campak. Allahurabbi hanya Allah yang tahu apa perasaan itu.

Alhamdulillah setelah sakit itu telah pulih. Aku kembali menceriakan suasana di ofis dan rumah. Masa sakit tu macam-macam cara aku buat untuk sembuhkan ulser tu. Kumur colgate plak, kumur ubat klinik dan air garam. auchhh. waaa pedihnya.

Sakitnya hanya Allah yang tahu sampai keluar air mata. Paling sedih tak boleh cakap dengan anak-anak. Bila kat ofis pulak bila ada call semua tak boleh nak jawab. Hanya berkomunikasi dengan wassap. Mujur ada altenatif lain.


Rasanya dah dekat setahun aku tak kena ulser kat mulut sebab aku amalkan makan suplemen. Ni tak tahu kenapa jadi balik. Mungkin sebab aku kurang minum air kot dan juga cuaca panas lit-lit.

Jadi sekarang ni kena amalkan vitamin c banyak sikit dari sebelum ni. Selalu ambil sebiji sehari kan jadi aku up kan 2 biji sehari untuk pulihkan kembali tempat ulser tu walaupun dah beransur sembuh. Tak nak sejarah kembali berulang kerana seksanya naik telaga buruk dalam mulut hanya Allah yang tahu.


Kebetulan bulan ni bulan promosi untuk vitamin C. Tak lepaskan peluang untuk simpan stok kat rumah sebab vitamin c sangat bagus untuk kesihatan dan juga untuk cantik. 

Kekurangan vitamin c boleh menyebabkan gusi berdarah, lebam pada kulit, melambatkan proses pemulihan, kulit kering, ruam dan kulit menjadi kasar.




Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com






No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.