May 10, 2016

3 MAKANAN SUNAH SEMASA RAMADAN

Mengikut perkiraan saya sudah tak sampai sebulan lagi Ramadan nak tiba. Jadi nak share tentang makanan sunah semasa ramadan.

1) TAMAR



Buah ini dikenali sebagai kurma di kalangan warga Malaysia dan disebut sebagai superfood kerana di sebut sebanyak 21 kali dalam al-quran. Buah kurma memang sinonim dengan bulan mulia ramadan. Rasulullah SAW melabelkan kurma adalah makan terbaik dan sunat diambil ketika berbuka puasa.

Kandungan gula yang mudah diserap oleh tubuh dan membantu memberi tenaga dalam kadar segera apabila berbuka puasa. Ia juga mudah hadam dan tidak membebankan perut individu ketika berbuka puasa.

Kurma juga mempunyai kandungan serat yang tinggi yang mampu mencegah sembelit ketika berpuasa yang disebabkan oleh pertukaran waktu makan dan diet rendah serat ketika dalam bulan puasa.

Ia juga tinggi kandungan zat besi yang boleh yang boleh membantu mengekalkan kesihatan semasa berpuasa selain kaya dengan vitamin B2, B3 dan C yang dapat memberi tenaga yang berpanjangan dan meningkatkan sistem imun individu.

2) TEMBIKAI


Tembikai adalah hidangan buah-buahan pilihan semasa dalam bulan puasa. Ia sungguh menyegarkan dan tinggi kandungan air. Ia juga kaya dengan sumber  antioksidan (vitamin A dan C) yang baik. Vitamin A dapat membantu menyokong kesihatan mata manakala vitamin C boleh meningkatkan sistem imunisasi individu dalam bulan puasa.

Tembikai juga mengandungi sumber likopena, iaitu sumber antioksidan yang dapat membantu melawan penyakit kanser. Selain dimakan begitu sahaja ketika berbuka puasa ia juga boleh dijadikan jus kerana mampu bertindak sebagai penghilang dahaga yang baik.

Sepotong tembikai bersamaan dengan satu sajian buah. Buah-buahan adalah sebahagian daripada  sajian lengkap yang disarankan. Perlu diambil 2 kali sehari.

3) MADU



Madu adalah penawar terbaik dan ianya merupakan salah satu jenis minuman yang terdapat di dalam syurga. Kajian perubatan moden juga menunjukkan bahawa kandungan madu mempunyai manfaat kesihatan yang tinggi dalam menjaga stamina ketika berpuasa. Madu mempunyai kandungan vitamin B yang tinggi dan dapat membantu masalah kelesuan semasa berpuasa, mencegah gangguan saraf dan membangkitkan selera makan.

Madu boleh dimakan terus atau dicampurkan dengan makanan atau minuman semasa berbuka atau bersahur.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.