7 KELEBIHAN HALIA UNTUK KESIHATAN

Thursday, May 19, 2016


Halia memang terkenal dengan kelebihannya dalam merawat masalah kesihatan. Halia sangat mudah di dapati di pasaraya atau kedai-kedai biasa. Ianya sangat penting sebagai bahan utama dalam masakan. 

Halia dikenali sebagai tanaman herba yang sangat penting dalam perubatan dan berupaya merawat masalah penghadaman, loya, mabuk dan pening-pening disebabkan oleh angin. Kajian moden juga mendapati bahawa halia mampu merawat seperti loya, muntah, melindungi mukasa perut dan memperbaiki radang.

Halia meningkatkan penyerapan nutirien makanan dan meningkatkan ketidaksediaan bahan-bahan aktif dalam tisu badan. Rasa dan aroma halia segar tidak dianggap sebagai toksik dan ianya selamat untuk kegunaan harian.

7 KELEBIHAN HALIA UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN ANDA

1) MELEGAKAN SISTEM PENGHADAMAN

Halia mampu memperbaiki sistem percernaan, merangsang, membantu dalam penyerapan nutrien, menyerap gas dan toksin dan membantu kulit untuk membebaskan toksin. Ini adalah salah satu herba untuk meningkatkan penghadaman.

2) MENGURANGKAN RASA LOYA DAN MUNTAH

Kajian menunjukkan bahawa halia amat berkesan dalam mencegah loya terutamanya mabuk laut. Halia mempunyai kesan yang besar yang terbukti sangat berkesan dalam mencegah muntah semasa mengandung. Berbanding dengan ubat-ubat yang boleh membahayakan janin. Halia adalah selamat untuk digunakan tanpa kesan sampingan dan anda memerlukan jumlah yang agak kecil.

3) ANTI RADANG

Jika anda mengalami sakit artiris pada lutut, memakan halia setiap hari pasti dapat membantu. Hali mengandungi bahan-bahan anti-radang yang kuat dipanggil gingerols. Hal ini telah diuji dalam pelbagai penyelidikan untuk pesakit osteoartritis atau artitis reumatoid. 

4) MELINDUNGI DARI KANSER KOLON

Bahan utama ialah gingerols yang sangat aktif dalam halia boleh menghalang pertumbuhan sel-sel kanser usus besar. Kajian juga menunjukkan bahawa halia adalah berkesan dalam mencegah dan merawat kanser kolon.

5) MEMBUNUH SEL-SEL KANSER OVARI

Bahan-bahan halia terbukti mempunyai antioksida dan anti kanser. Halia mempunyai keupayaan untuk merawat keradangan dan mengurangkan komponen sel yang dikaitkan dengan perkembangan kanser ovari.

6) MERANGSANG SISTEM IMUN

Halia boleh memanaskan badan dan membantu dalam mengeluarkan peluh yang sihat. Ia juga boleh mengurangkan demam dan selesema. Berpeluh boleh merangsang sistem imun dan membantu tubuh mengatasi pelbagai penyakit. 


7) MEMBANTU DALAM PROSES MENURUNKAN BERAT BADAN

Makan dan minum akar halia boleh menjaga berat badan. Dengan mengamalkan teh halia setiap hari dapat membantu menurunkan berat badan ke paras yang lebih normal. 

Untuk melegakan loya ambil 1-2 inci halia segar dicampur dengan teh atau air panas


Sekarang ni tak susah untuk dapatkan halia sebab dah banyak yang diproses dan dibotolkan untuk kegunaan kesihatan. Paling penting ianya selamat untuk digunakan dan diproses secara semulajadi.






Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.