May 26, 2016

BUDAK DULU VS BUDAK SEKARANG

Dulu masa kecik-kecik selalu main dengan kawan-kawan. Main sampai tak ingat dunia. Dunia masa tu hanya nak main. Mainan pulak tak payah beli seperti teng-teng, lompat getah, congkak yang digali lubang pada tanah dan macam-macam lagi. Paling best boleh pergi terjun sungai ramai-ramai. Tak perlu nak keluar duit langsung.

Sekarang majoriti budak-budak semuanya ada ipad sendiri termasukla anakku. Diorang dah pandai tengok kartun kat youtube sendiri. Kadang-kadang pasal handphone die yang lebih tahu daripada umminya.

Kita dulu lepas sekolah baru dapat pegang handphone. Tu pon yang second hand. Orang bagi. Sampai sekarang pun guna yang murah-murah. Anak-anak zaman sekarang demand nak yang macam ni macam tu. Kadang-kadang sampai pening kepala mak ayah nak cari duit nak beli handphone canggih untuk diorang.

Sekarang ni dahla barang semuanya mahal sampai mak ayah terpaksa buat dua tiga kerja untuk tampung belanja harian. Bukan senang nak cari duit. Sedih bila anak-anak pula tak hargai mak ayah. 

Kita dulu  nak pergi belajar dekat asrama atau kolej semuanya berdikari. Tawakal kepada Allah dan jalan. Naik bas turun bas pastu tukar bas lagi untuk sampai ke kolej. Budak sekarang manja tapi bukan semuanyalah. Dihantar dan diambil sampai depan pintu. Alhamdulillah rezeki diorang. Kita dulu susah takkan nak harapkan orang. Sendiri nak belajar sendiri usaha. 

Pada saya tak belajar tinggi pun tak mengapa asalkan tahu menjadi manusia dan tidak menyusahkan orang lain.

Jadi hargai apa yang kita ada sekarang. Budak dulu Vs budak sekarang.


2 comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.