May 16, 2016

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU-GURU DI SELURUH DUNIA



Jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Kerana kesibukkan hari ini. Hanya sempat buat satu post je untuk wish happy Teachers Day untuk semua guru-guru di dunia ini.

Bila sambut hari guru mesti teringat kenangan yang indah-indah masa sekolah dulu. Masa tu ada banyak sangat program-program yang dirancang dan yang paling best tak payah belajar. Haha. Sebab tu jadi gini hari ni sebab malas sangat  nak belajar. kehkehkeh.

Perkara paling seronok ialah dapat kumpul duit nak bagi hadiah untuk cikgu-cikgu feveret. Wa rindunya nak balik ke sekolah maklumlah dah berbelas tahun meninggalkan alam persekolahan. Banyak kenangan manis yang tak boleh lupa.

Kenangan bersama cikgu-cikgu yang tak putus-putus mendoakan kejayaan anak-anak didiknya. Sekarang bila dah berumur rasa nak sangat kembali ke alam persekolahan. Rindu sangat-sangat.

Bila dah masuk alam bekerja dan berumah tangga. Sudah banyak yang berubah. Kita pulak yang jadi guru untuk anak-anak. Menjadi contoh kepada anak-anak supaya menjadi insan berguna dan berjaya dunia akhirat.

By the way saya sayang cikgu-cikgu saya. Kalau cikgu-cikgu saya terbaca entry ni. Saya mohon maaf andai terkasar bahasa semasa menjadi pelajar dulu. Saya ucapkan terima kasih kerana tidak pernah jemu mengajar dan memberi ilmu kepada saya sehingga berada pada tahap ini.

Buat rakan-rakan saya yang bergelar cikgu dan kakak saya yang pernah menjadi cikgu. Saya ucapkan selamat hari guru. 

2 comments:

  1. Wah...berwajah baru belog deme..cun!
    Kemas je..
    Btw, selamat hari guru jugak buat ummi rayyan, yg secara u officialnye menjadi guru utk anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Annur Syuhadah ... Alhamdulillah rezeki Allah bagi idea .

      Selamat hari guru Syu.

      Delete

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.