June 14, 2016

6 CARA RANGSANG PERCAKAPAN ANAK SUPAYA LANCAR


Ada anak-anak kecil yang sudah melangkaui umur tiga ke empat tahun namun masih belum lancar sebutannya bila bercakap. Jadi kita sebagai ibu bapa yang prihatin harus mengambil inisiatif supaya anak kita dapat bercakap dengan lancar.

Ikuti beberapa cara ini untuk merangsang percakapan anak-anak supaya bercakap dengan lancar.

✔ TERUSKAN PENIRUAN

Biarkan anak meniru apa yang anda cakapkan. Ini adalah kerana dia dalam temph belajar bercakap dan mengumpul perbendaharaan kata. Menghalang anak daripada meniru percakapan akan membuatkan anak hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarinya.

✔ BERBUAL

Teknik mudah yang boleh dipraktikkan sejak lahir ialah dengan mengajak anak berbual. Kekerapan ibu bapa melayan anak berbual membuatkan anak cepat bertutur. Pada masa yang sama dedahkan anak-anak dengan pelbagai bahasa seperti bahasa Arab, Inggeris dan juga bahasa lain.

✔ AJAR SEBUTAN YANG BETUL

Ajar bercakap dengan perkataan yang betul. Elakkan menggunakan bahasa pelat kerana boleh mempengaruhi bahasa anak-anak.

✔ JANGAN GUNAKAN PERKATAAN NEGATIF

Elakkan menggunakan bahasa yang negatif terhadap anak-anak. Sekiranya anak menuturkan perkataan yang tidak elok harus dinasihati anak supaya menjaga pertuturan agar berbudi bahasa.

✔ SEBUTKAN PERKATAAN YANG POSITIF

Sentiasa bercakap ayat-ayat positif dengan anak-anak. Beri dorongan kepada anak supaya bercakap bahasa yang sopan contohnya "terima kasih" atau "minta maaf" untuk semua perbuatan yang telah dia lakukan. Ini secara tak langsung membuatkan anak tahu penggunaan perkataan itu pada situasi yang bagaimana.

✔ PENGULANGAN

Si kecil bukan belajar bercakap dalam masa sehari sahaja. Ibu bapa harus rajin mengulangi perkataan yang sama setiap hari. Lama kelamaan dia akan pandai bertutur dengan sendiri. Yang penting ibu bapa tidak malas dalam melakukan rangsangan ini.

Selamat mencuba. Jumpa lagi untuk tips yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram

Arkib Blog