June 24, 2016

BAHAYA PARABEN DALAM KOSMETIK

Apakah Paraben ?

Paraben adalah bahan kimia pengawet yang buatan manusia yang digunakan dalam penghasilan pelbagai produk kosmetik, losyen dan pelembab, syampu, produk pencukur, pencuci badan dan juga mekap.

Ada juga sesetengah makanan, ubatan dan suplemen yang mengandungi paraben. Nama lain yang sering ditulis adalah methylparaben dan propylparaben.

Kenapa Paraben diperlukan ?

Produk yang bebas paraben ini lazimnya sukar di dapati di pasaran Malaysia. Produk yang tidak mempunyai paraben akan ditulis "Paraben Free" di hadapan produk.

Produk yang mengandungi paraben akan ditulis seperti methylparaben, ethyllparaben, propylparaben dan butylparaben.

Fungsi paraben adalah untuk membantu produk penjagaan kulit untuk bertahan lebih lama. Ada antaranya sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Sebab itu ianya boleh didapati dalam hampir setiap produk kosmetik.

Akibat penggunaan Paraben 

Menurut kajian, tubuh dapat menyerap sebanyak lebih kurang 2 kg bahan kimia dari kosmetik setiap tahun.
✘ Paraben dapat meniru hormon dalam badan dan mengganggu fungsi sistem endoktrin badan
✘ Risiko kesihatan yang mungkin kita hadapi jika berterusan mengambil bahan paraben seperti kanser payudara, matang sebelum usia, mengurangkan kadar pengeluaran sperma dan juga penuaan pra-matang.

Kanser Payudara

Paraben dapat meniru estrogen dan mengganggu sistem hormon tubuh badan. 
Unversiti Cornell melaporkan bahawa pendedahan terhadap estrogen dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan risiko diserang barah payudara
Estrogen ialah bahan kimia sintetik yang berfungsi seperti estrogen, memainkan peranan dalam menggalakkan pertumbuhan sel payudara dan memberi kesan kepada hormon lain yang menggalakkan pertumbuhan sel payudara
Badan kita tidak dapat memusnahkan estrogen sintetik dengan mudah dan ianya dapat berkumpul di dalam sel lemak termasuklah tisu payudara.

Matang Sebelum Usia

Kebolehan paraben untuk meniru hormon lain menjadikan ia gangguan kepada sistem endokrin badan
Sistem endkrin merembeskan hormon ke dalam aliran darah dan terlibat dalam fungsi terlibat dalam fungsi penghadaman dan metabolisma badan
Gangguan endokrin ini boleh membuatkan budak lelaki dan perempuan matang atau akil-baligh sebelum usia yang sepatutnya
Pengkaji endokrin telah membuat pemerhatian dan mendapati gadis seawal 8 tahun telah menunjukkan pertumbuhan payudara dan bulu ari-ari
Gangguan endokrin juga dapat menyumbang kepada pembesaran testis dan perkembangan payudara terhadap budak lelaki

Mengurangkan Kadar Pengeluaran Sperma

Paraben juga memberi kesan terhadap sistem reproduktiviti lelaki.
Dalam satu kajian para pengkaji juga telah menyuntik paraben kepada beberapa ekor tikus yang berusia 3 minggu. Selepas 4 minggu pengkaji meneliti tikus itu dan mendapati pengeluaran spermanya telah menurun yang berkait rapat dengan jumlah paraben yang diterima.
Tikus menerima dos paraben yang banyak yang kosisten dengan pengambilan paraben harian di Eropah dan Jepun menunjukkan kadar penurunan sperma yang ketara

Penuaan Pra-Matang

Kajian mendapati produk kosmetik yang mengandungi paraben mempercepatkan proses penuaan kulit
Seperti yang dilaporkan oleh live-naturally.co.uk, Penyelidik dari Universiti Kyoto Prefectural Perubatan di Jepun mendapati bahawa jenis metil paraben meningkatkan kepekaan dan kerosakan dari matahari iaitu apabila terdedah kepada sinar ultraviolet, sel-sel kulit mati pada kadar yang lebih cepat daripada biasa.
Oleh itu seseorang itu perlu melihat kandungan bahan-bahan adakah ia mengandungi methylparabens sebelum membeli produk kecantikan untuk kulit

Jadikan pastikan anda menggunakan produk yang bebas paraben untuk kesan jangka panjang yang lebih selamat. 


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram