June 27, 2016

Elakkan Komplikasi Sewaktu Puasa



Berpuasa sebenarnya tidaklah memudaratkan malah memberi pelbagai manfaat terhadap kesihatan. Menurut kajian, berpuasa dapat memperkecilkan peredaran darah sebagai perimbangan untuk mencegah keluarnya keringat dan wap melalui pori-pori kulit serta saluran kencing tanpa perlu menggantikannya dan secara tidak langsung menurunkan peredaran darah.

Proses tersebut memberi kesempatan otot jantung, masa untuk rehat setelah bekerja keras satahun lamanya.

Selain itu, berpuasa juga memberi kesempatan kepada sistem pencernaan untuk beristirehat kerana ketika seseorang berpuasa, perut dan ususnya berehat beberapa jam daripada kegiatannya. 

Ya, berpuasa mempunyai kesan kepada tubuh kerana apabila tubuh tidak mendapat makanan atau minuman buat jangka masa yang lama, ia pasti memberikan sedikit kejutan kepada sistem tubuh. Melalui pemakanan yang seimbang dan mencukupi, kejutan kepada sistem tubuh dapat dielakkan atau dikurangkan.

Kita perlu kenal perubahan kepada diri sendiri dan bertindak sewajarnya bagi mengatasi komplikasi tersebut. Ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak meneruskan ibadah puasa. 


Dehidrasi

Punca : Jumlah air dalam badan kurang daripada normal dan ini boleh mengganggu keseimbangan elektrolit dalam badan kita.

Simpton : Biasanya, warna air kencing akan bertukar kuning gelap, rasa lemah dan lesu sehingga hampir pitam, sakit kepala dan mulut yang begitu kering.

Rawatan : Minum air kosong sebanyak mungkin ketika berbuka puasa dan bersahur. Cuba elakkan minuman berkafein seperti minuman berkabonat atau kopi dan teh terutamanya di waktu pagi. Ia membuatkan badan kita cepat kering kerana bersifat diuretik initu menggalakkan pengeluaran urin.

Sembelit

Punca : Terjadi ketika bulan puasa kerana pengambilan makanan bergula ringkas terlampau tingi dan disebabkan kekurangan air serta kekurangan serat dalam diet seharian.

Simptom : Boleh menyebabkan buasir

Rawatan : Kurangkan pengambilan gula ringkas, tingkatkan pengambilan air dan pastikan jumlah serat cukup dalam makanan.

Ketidakhadaman dan Angin

Punca : Selalu terjadi apabila kita terlebih makan makanan berminyak, bergoreng, pedas dan makanan berangin seperti kubis dan minuman berkabonat.

Simptom : berangin sehingga menyebabkan pedih ulu hati.

Rawatan : Jangan terlebih makan semasa berbuka puasa, kurangkan makanan bergoreng dan lebihkan makanan seperti sup dan masakan stim.

Kelesuan dan Tekanan Darah Rendah

Punca : Pengambilan air yang tidak mencukupi.

Simptom : Lemah, lesu, berpeluh, dan pening. Lebih kerap terjadi apabila masuk waktu tengah hari dan petang.

Rawatan : Tingkatkan pengambilan air dan kalau boleh minum sedikit minuman bergaram. Digalakkan segera bertemu doktor.


Pening Kepala

Punca : Kebanyakan kes disebabkan simptom menyisihkan kafein dan tembakau.

Simptom : Sakit kepala dan angin tidak baik.

Rawatan : Berhenti pengambilan kafein dan tembakau seminggu dua sebelum puasa secara berperingkat dan perlahan-lahan. Gantikan dengan kopi atau teh herba atau bebas kafein.



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram

Arkib Blog