Broaden

June 16, 2016

RAMADHAN HARI YANG KESEBELAS 1437 HIJRAH

Assalamualaikum semua.

Apa khabar ? Bagaimana cerita Ramadhan kali ini. Ada yang ponteng puasa ke? Kalau ada yang tinggal tu bawak-bawakla insof ya. Kalau bersebab tu oklah sebab ada excuses. hehe.

Dalam sibuk bulan Ramadhan ni macam-macam yang bermain di kepala. Baju raya, kuih raya, nak balik kampung dan macam-macam lagi la. Jadi sediakan perangcangan yang bersesuaian untuk persiapan raya nanti ya. Berbelanja ikut kemampuan sendiri. InshaAllah mudah semuanya. Jangan ikut orang ikut poket sendiri.

Hari ini sibuk buat akaun kat ofis ni. Akaun sendiri belum buat lagi sebab belum dapat gaji lagi. Mintak-mintakla bos bagi duit raya lebih sikit tahun ni. Aku dah buat muka kesian paling terkesian dah ni. Kalau tak dapat jugak tak tahulah. Memang bos aku sangat kejam la. huhu.

Pergi kerja pagi balik malam itu sudah biasa demi sesuap nasi. Anak-anak pun waktu malam je dapat jumpa. Ya Allah permudahkan segalanya. Tak semua yang berlaku dalam hidup ini indah. Mahu yang indah perlukan pengorbanan. Jadi hargai apa yang kita sekarang dan setiasa bersyukur.

Dalam membina harapan dan impian tak semua berjalan dengan lancar. Bagaimana dengan amal ibadat bulan puasa ni ? Semoga dipermudahkan semuanya. Amin.

Salam Ramadhan yang ke 11.



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram

Arkib Blog