Broaden

June 27, 2016

6 TIPS MENGURUSKAN URUSAN YANG BANYAK


Setiap hari, kita dihadapkan dengan pelbagai perkara untuk diselesaikan. Namun begitu, seringkali terjadi benda macam ni:

"Tak sempat buat A sebab sibuk dengan B"

"Sempat buat C saja, A,B,D,E semuanya tak sempat buat"

Yang paling kronik,

"ABCDE, semuanya tak sempat siap"

Macamana nak jadi begitu efisyen dan menyiapkan semua kerja dalam masa yang diperlukan?

1. Fahamilah bahawa apa yang diamanahkan oleh Allah SWT, itulah yang kita mampu buat. Allah tahu kita boleh sebab tu Dia beri kita kerja2 semua tu.

2. Susun priority. Benda penting buat dulu, yg kurang penting buat kendian. Guna sistem 4 kuadrant - Penting, Tak Penting, Urgent, Tak Urgent. Yang penting dan urgent perlu disiapkan segera.

3. Jangan bertangguh. Jangan nanti, jangan sekejap lagi. Buat segera. Makin lama bertangguh, makin besar rasanya kemalasan itu. Jangan biarkan malas bermaharajalela.

4. Buat jadual atau to-do list. Barulah nampak apa yang sepatutnya dibuat. Tak adalah asyik skroll newsfeed Fesbuk dan membuang masa memikirkan hal orang lain.

5. Fokus! Fokus untuk selesaikan satu-satu perkara sebelum perkara yg lain. Cuba jangan buat semua sekali dalam satu masa, atau fokus terganggu dan akibatnya satu kerja pun tak siap!

6. Doa dan tawakal kepada Allah. Mohonlah kepada Allah minta ditunjukkan jalan dan dipermudahkan urusan. Percayalah, dari Allah semua urusan ni & Dia akan pandu ke jalan terbaik untuk menyelesaikan semuanya dengan cemerlang:

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram

Arkib Blog