Alhamdulillah Settle Renew Insurans dan Roadtax Kereta Kesayangan

Monday, July 25, 2016
Hihi.. Sebenarnya semalam adalah tarikh last untuk Roadtax dan insuran kereta kesayangan kami sekeluarga. Tapi oleh kerana kekangan waktu kerja yang sangat banyak tu tak dapat renew awal. Haha alasan kan.

Sebenarnya banyak sebab tak renew awal tapi biarlah rahsia. Kekeke. Saya pilih etiqa insurans sebab senang. Boleh jer buat secara online atau pergi sendiri kat Etiqa. 

Tahun ni tahun yang ke empat renew. Jadi NCB bertambah so murah lah sikit. NCB (no claim bonus) sebab tiada claim untuk insurans sebelum ni. Alhamdulillah best kan ? Masih kuat dan utuh si putih berkhidmat untuk keluarga.

Sebelum ni saya add pemandu untuk 2 orang. Jadi bayarannya RM10 untuk setiap orang. Tahun ni adik ipar saya tak banyak bawak kereta jadi saya batalkan namanya dalam insurans. Jimat lagi RM10.

Saya juga dapat bonus diskaun atau rebate sebab pergi sendiri lebih kurang dalam RM8+.++ gitu. Sape nak bagi kan ? Kalau pergi buat dekat bank tak dapat rebat ni. Ngehngehngeh.

Saya juga suka nak share tentang Etiqa Insurance ni bila dah matang dia akan hantar surat untuk masuk duit kat kita. Keuntunggan apa entah. Macam tahun lepas saya dapat dalam RM7+.++ macam tu. Kalau dulu dia hantar cheque ke rumah sekarang dah pakai debit kat akaun terus. Tahun lepas dia hantar surat pastu tunggu duit masuk akaun bank. Yehaa sape tak suka kan. Tiba-tiba duit masuk. Rezeki jangan di tolak kan.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.