Broaden

July 26, 2016

Kenali Warna Urin Kita

Sebagai salah seorang pengedar Shaklee, saya sering ditanya oleh pelanggan saya berkenaan dengan warna air kencing atau urin selepas mengambil vitamin terutamanya B-Complex. Jadi jom kita kenali warna urin kita.

Jom kita kenali warna urin


Jernih - Menunjukkan kita terlebih air dan biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air atau dehidrat. Dari segi ujian dadah, ianya boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam darah melalui lebih-hidrat.

Kuning atau kuning cair - Menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah. Sesetengah ubat seperty rifampin dan pyridium boleh menukarkan air kencing menjadi kuning kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.

Air kencing gelap atau perang - Mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.

Air kencing kemerahan atau berwarna gelap - Dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan melanoma.

Air kencing kemerahan atau kelabu - Mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, keadaan yang tidak merbahaya dan sementara.

Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow - Mungkin disebabkan oleh pemakanan vitamin tambahan terutamanya vitamin B.

Warna air kencing gelap - Biasanya menunjukkan kekurangan air dalam badan (dehidration).

B-Complex adalah tergolong dalam kumpulan vitamin yang larut air. Riboflamin adalah salah satu unsur yang terdapat dalam B-Complex. Jadi lebihan yang tak dapat diserap oleh tubuh akan disingkirkan melalui air kencing. Sebab tu warna urin menjadi kuning cerah.



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.