Pelaburan Untuk Anak-Anak

Tuesday, July 19, 2016
Ummi dengan abah dah siapkan buku ASB, Tabung Haji, Takaful Prudential BSN untuk anak-anak ummi. Musim raya ni anak-anak ummi banyak dapat duit raya. Alhamdulillah syukur sangat pada Allah. 

Terbaru ummi dah buka akaun Skim Simpanan Pendidikan (SSPN-i) untuk anak-anak. Semua ni ummi guna duit raya anak-anak yang dapat. Ummi buka akaun ni untuk masa depan anak-anak. In sha Allah bila dah habis tingkatan 5 nanti nak masuk universiti boleh mohon PTPTN. Tapi ummi harap ummi dengan abah dapat tanggung sendiri perbelanjaan anak-anak tanpa mohon bantuan PTPTN.

Mulai 1 Januari 2016, pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mempunyai akaun SSPN-i dengan minimum *RM20.00. Pembukaan akaun SSPN-i boleh dibuat melalui kaunter Maybank, Bank Rakyat dan RHB Islamic Bank. Kaunter PTPTN juga sangat digalakkan kerana prosesnya lebih mudah dan cepat.

Semoga anak-anak ummi menjadi anak yang soleh untuk agama, bangsa dan negara. Sebenarnya banyak benda yang ummi nak buat untuk anak-anak.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.