August 17, 2016

Bila Sel-sel Otak Tak dapat Berhubung

Hari ni kan sungguh tak menarik nak cerita tapi nak cerita jugak. Pagi tadi datang ofis lif rosak. Begitu ramai manusia memenuhi ruangan lobby ofis. Jadi menapak naik tangga sehingga tingkat satu. Letih jugak la tapi tak sempat penat pun sebab ada banyak stamina. kehkehkeh.

Sampai tingkat satu pergi kat ruangan lif. Tekan butang turun. Ting lif terbuka. Tengok ramai orang tapi aku menyelit jugak masuk sebab aku rasa aku muat. Aku kan kecik je. Apa ada hal? 

Bila dah selamat masuk lif dan lif pun turun ke bawah. Sampai level G, yang penuh kat dalam lif keluar. Manusia yang kat luar lif pon berebut nak masuk. Fuh aku selamat dah ada kat dalam. Tekan butang 12A. Bijak tak aku ?

Bila sampai ofis riuh rendah settle kerja yang  menimbun. Nak tau bos plak jap helo-helo jap wassap. Pastu kan ekon plak tak berfungsi dengan baik hari ni. Tak berfungsi pon. Jadi jom lah aku berhuhu.

Bila dah hot macam ni aku pon feeling malas nak buat kerja. kohkohkoh.

Tapi tak boleh nak layan malas sangat sebab kena cari 7 fail purchaser yang phase 1 yang aku belum masuk kerja nun.

huhu k lah bai. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.