Broaden

August 10, 2016

Cara Memilih SPF Kosmetik Yang Sesuai Kulit Anda

Gambar sekadar hiasan

Rehat tadi keluar makan jauh sikit dari ofis. Pergi Sunway Putra sebab terasa nak makan spageti aglio olio. yumyum. Ditemani BFF tersayang Qibienad Syahirah . Tq lalink.

Bila dah jalan tu kan, alang-alang masuk la Guardian. Bila dah masuk tu ada je la benda yang di grabnye.

Jalan-jalan mak jemah pun pilihlah bedak, lipstik dan berus untuk kaki. Maklumla nama pun pompuan kan. Nak jaga kecantikan diri konon. Bukan untuk orang lain. Untuk kepuasan diri sendiri dan juga en somi. Ahakss..

Apa itu SPF ?

SPF ialah singkatan kepada Sun Protection Factor. Jumlah SPF ini menunjukkan berapa lama anda boleh berada di bawah sinaran matahari tanpa terbakar. 

Berapa keperluan SPF yang diperlukan bergantung kepada kulit masing-masing. Orang yang berkulit cerah atau putih mengambil masa 10 minit untuk menjadi merah bila berada di bawah cahaya matahari yang panas tanpa pelindung atau sunblock. Orang yang berkulit kuning langsat mengambil masa 15 minit dan yang berkulit coklat hingga gelap mengambil masa 20 minit.

 Contoh :

1) Berkulit cerah : SPF 20
20 x 10 = 200 minit. Ini bermakna selama 200 minit atau 3 jam 30 minit krim pelindung ini boleh bertahan pada kulit.

2) Berkulit kuning langsat : SPF 20
20 x 15 = 300 minit. Jadi selama 5 jam mereka yang berkulit kuning langsat boleh bertahan dengan krim SPF 20.

3) Berkulit coklat gelap hingga gelap : SPF 20
20 x 20 = 400 minit. Selama 7 jam krim SPF 20 mampu bertahan pada kulit mereka. Orang yang berkulit gelap lebih tahan lama kerana mempunyai lebih banyak pigmen melanin kulit.

Pemilihan kosmetik yang sesuai untuk kulit mampu mencegah kulit dari terkena penyakit kulit seperti jeragat, jerawat, tompok gelap, tona kulit tidak sekata dan paling menakutkan kanser kulit.




2 comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.