Broaden

September 5, 2016

15 Tips Untuk Mencapai Berat Badan Yang Ideal


Amalkan pemakanan dan gaya hidup secara aktif

1) Tetapkan matlamat anda, cuba kurangkan 10% daripada berat badan semasa anda dalam tempoh 6 bulan.

2) Penurunan yang selamat dan disyorkan ialah 1/2 kg seminggu atau 2 kg untuk sebulan. Turunkan berat badan secara konsisten.

3) Makan mengikut waktu yang betul dan tetap.

4) Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.

5) Pilih snek iaitu makanan di antara waktu makan utama yang berkhasiat  seperti buah-buahan.

6) Elakkan menyimpan makanan atau minuman ringan di rumah atau tempat kerja.

7) Kurangkan makanan yang bergoreng atau berlemak.

8) Kukus, rbus, atau panggang makanan anda.

9) Ambil 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah setiap hari. Sayur dan buah rendah kalori dan tinggi serat menyebabkan kita berasa kenyang dengan lebih lama.

10)  Minum air kosong 8 gelas sehari.

11) Tingkatkan aktiviti harian dengan berjalan 10,000 langkah sehari.

12) Pilih untuk gunakan tangga di tempat kerja atau dimana sahaja.

13) Lakukan aktiviti fizikal dengan intensiti sederhana sekurang-kurangnya 3 kali seminggu atau 150 minit seminggu.

14) Kurangkan aktiviti sedentari seperti menonton televisyen atau tidur lama di siang hari.

15) Lakukan sendiri aktiviti harian di rumah seperti menyapu sampah, mengemop lantai, berkebun dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram

Arkib Blog