5 Faktor Yang Boleh Merendahkan Tahap Kesuburan Lelaki

Thursday, September 08, 2016
1) Persekitaran yang panas seperti tempat kerja di kilang, komputer riba di atas riba dan pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat (suhu optima untuk buah zakar ialah 2°© lebih rendah dari suhu badan.

2) Kecederaaan atau jangkitan kepada satu atau kedua-dua buah zakar. Bengkak akibat dipukul atau jatuh. Jangkitan virus beguk (Mump) boleh melibatkan buah zakar.

3) Terdedah kepada bahan toksin seperti nikotin (daripada asap rokok), alkohol (dalam minuman keras) dan ubat-ubatan tertentu seperti ubat propranolol (digunakan untuk darah tinggi), cimetidine (ubat gastrik) dan maxolon.

4) Masalah ketegangan zakar atau mati pucuk.

5) Masalah pancutan air mani tak sempurna lewat atau gagal dan ejakulasi songsang (retrograde ejaculatio) ke dalam pundi kencing.

Masalah kesuburan boleh diatasi dengan memakai pakaian yang longgar terutamanya untuk bahagian alat sulit lelaki.

Mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat seperti makan makanan yang berkhasiat ditambah dengan suplemen yang membantu kesuburan lelaki seperti zinc complex, vitamin e dan Vivix.

Mengurangkan budaya merokok dan lakukan aktiviti senaman untuk kekalkan kesihatan dan kecerdasan.


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.