September 14, 2016

Tanda-tanda Awal Kehamilan

Setiap pasangan yang yang berkahwin mesti mempunyai keinginan untuk mendapatkan zuriat untuk menyerikan lagi rumah tangga. Saat-saat indah ini pasti ingin dirasai oleh pasangan.


Berikut adalah beberapa tanda-tanda awal kehamilan untuk pasangan yang baru berkahwin terutamanya wanita muda:-

1) Haid Lambat
Satu tanda ialah terlambat datang bulan atau haid tidak datang. Namun tak semua lambat haid boleh menyebabkan hamil. Mungkin juga disebabkan oleh faktor hormon. Haid yang lambat mungkin juga disebabkan oleh tekanan, diet atau masalah hormon yang tidak menentu.

2) Meloya dan Mual (Morning Sickness)
Peningkatan hormon HCG (Human Chorionic Gonodotrophin) menyebabkan rasa mual dan loya. Gejala ini sangat umum dengan wanita hamil terutamanya untuk tempoh trimester pertama. Gejala ini akan beransur pulih setelah masuk trimester kedua mengikut individu.

3) Kerap Membuang Air kencing
Wanita hamil akan kerap membuang air kencing kerana janin dalam rahim menekan kantung kencing. 

4) Perubahan Bentuk Badan
Bentuk badan akan berubah mengikut tempoh waktu kehamilan. Bukan sahaja perut yang menjadi besar, malah bahagian lain turut mengalami perubahan seperti peha, dada dan lengan akan turut membesar.

5) Payudara Membengkak Dan Lembut
Payudara akan membengkak, berubah bentuk dan bersedia untuk menghasilkan susu. Payudara akan menjadi lembut dan sensitif untuk tempoh beberapa bulan. Warna bahagian aerola akan menjadi lebih gelap.

6) Perubahan Emosi
Wanita hamil memiliki emosi yang berubah-ubah. Ada masa berasa sangat bahagia dan adakalanya sangat sedih. Sangat penting untuk pasangan memahami tentang emosi si isteri ketika tempoh kehamilan ini. Ini adalah kerana tubuh wanita sedang menyesuaikan diri dengan kehadiran hormon baru.

7) Mengidam 
Anda merasakan ingin makan sesuatu tanpa alasan. Ini mungkin disebabkan  oleh pembawakan bayi.

9) Sensitif Terhadap Bau
Sangat sensitif terhadap bau terutamanya makanan atau pewangi. Ada bau yang tertentu boleh menyebabkan rasa loya dan muntah.

10) Ujian Kehamilan
Ini adalah ujian untuk menentukan bahawa positif atau negatif hamil. Pregnancy Test boleh didapati di farmasi atau kedai-kedai serbaguna untuk melakukan ujian. Ini adalah untuk mengesan kehamilan. Pergilah ke klinik untuk membuat rawatan bagi ibu hamil.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram

Arkib Blog