October 26, 2016

Omega Guard Minyak Ikan Terbaik Dunia


Minyak ikan adalah sumber asid lemak yang mengandungi Omega 3 untuk menyediakan manfaat kesihatan. Minyak ikan terkenal untuk menjadikan otak bijak dan kuat daya fokus. 

EPA dan DHA yang terdapat dalam Omega Guard menyokong kesihatan yang baik secara keseluruhan. Bermula dari perkembangan otak dan mata bayi sehinggalah untuk mengekalkan kesihatan kardiovaskular di kalangan orang dewasa dan warga tua.



Kenapa kita memerlukan suplemen Omega Guard ?


Asid Lemak Omega 3 tidak dapat disintesis oleh badan dan mesti diperolehi melalui diet atau makanan tambahan. Anda mungkin tidak mendapat omega 3 yang mencukupi dalam diet harian yang didominasi oleh makanan-makanan moden yang mudah, malah mungkin terdedah kepada risiko terambil logam berat yang lebih tinggi daripada ikan yang banyak.


1) Sebagai Lemak Penyelamat Jantung


Omega 3 meningkatkan perlindungan untuk jantung, dan saluran darah anda dengan mengurangkan tahap trigliserida anda., kadar jantung berehat, tekanan darah, meningkatkan fungsi vaskular dan peredaran. Satu percubaan klinikal besar melibatkan 11,324 pesakit serangan jantung mendapati bahawa dengan pengambilan omega 3, risiko kematian akibat serangan jantung secara tiba-tiba telah dikurangkan sebanyak 50%.

2) Mengurangkan Risiko Kanser


Kajian menunjukkan pengurangan sebanyak  14% dalam risiko kanser payudara di kalangan wanita yang mempunyai taha EPA dan DHA yang lebih tinggi dalam darah manakala mereka yang bertahap omega 3 paling rendah berisiko tinggi untuk kanser.

3) Sebagai Penentang Inflamasi


Kedua-dua EPA dan DHA terlibat dalam menguruskan tindak balas terhadap kecederaan dan inflamasi tisu. Kajian klinikal telah menunjukkan bahawa  pengambilan minyak ikan menyokong kesihatan sendi dan membantu dalam prestasi atlet.

4) Nutrien Bijak


Tisu otak mengandungi kira-kira 60% lemak. DHA terpilih disimpan di dalam otak bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Tahap DHA yang lebih tinggi dikaitkan dengan kognisi yang lebih baik di kalangan orang dewasa pertengahan umur. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa orang dewasa yang lebih tua dengan tahap DHA yang lebih tinggi mempunyai memori dan fungsi kognitif yang lebih baik dan mengalami kemerosotan kognitif yang kurang.

5) Daya Tumpuan Dan Menstabilkan Emosi


Kekurangan tahap omega 3 adalah biasa di kalangan kanak-kanak dengan ADHD ( Gangguan Defisit Perhatian dan Hiperaktiviti). Kajian telah melaporkan pengambilan omega 3 menambah baik dalam  ADHD, kemurungan, masalah pembelajaran atau disleksia.

Siapa Yang Perlukan OMEGA GUARD ?


Ibu Mengandung & Menyusu


Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) mencadangkan sekurang-kurangnya 200mg/hari EPA + DHA semasa mengandung dan menyusukan anak. Omega 3 mengurangkan risiko kelahiran pramatang, pra-eklampsia (simptom termasuk tekanan darah tinggi, sakit kepala, penglihatan kabur dan lain-lain) serta kemurungan selepas bersalin.

Bayi


Omega 3 diperlukan untuk perkembangan optimum fungsi otak dan penglihatan fetus dan ini akan berterusan selepas kelahiran. Bayi yang tidak mendapat asid lemak oemga 3  yang mencukupi dari ibunya semasa mengandung mempunyai risiko untuk membentuk masalah penglihatan dan saraf.

Kanak-kanak dan Remaja


Omega 3 menyumbang kepada perkembangan otak yang normal dan meningkatkan keupayaan pembelajaran. Penyelidik di Universiti Oxford mendapati kaitan yang kuat antara omega 3 dengan penumpuan yang lebih baik dan keupayaan pembelajaran.

Dewasa


Manfaat omega 3 merangkumi pelbagai aspek kesihatan, dari kesihatan mental dan tingkah laku sehingga kepada mencegah kematian pramatang daripada penyakit seperti penyakit jantung koronari, strok, gangguan autoimun, sesetengah kanser, asma dan lain-lain.

Warga Tua


Pengambilan omega 3 telah dikaitkan dengan manfaat berpotensi dalam morbiditi berkaitan dengan usia, termasuk artiritis reumatoid, kemurungan, kemerosotan kognitif dan degenerasi makula. Asid Lemak omega 3 DHA adalah sebagai perlindungan terhadap penyakit Alzheimer dan demensia. Ia juga mengurangkan risiko degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD) lewat.



Testimoni Omega Guard 








Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram