November 17, 2016

Buku Bisnes Cara Kami


Alhamdulillah satu lagi koleksi buku motivasi. Buku ini dikirimkan oleh sahabatku Nur Aila untuk bacaan aku yang kadang-kadang LOST ni.

Ketika kita merasakan diri hebat, ada insan lain yang lebih hebat. Ketika kita merasakan yang diri kita sangat-sangat susah, masih ada insan yang lebih hebat dugaan kesusahannya. Jadi bersabar dan redho dengan setiap ujian yang Allah berikan. Allah lebih tahu tentang kita.

Setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Jadi jangan putus asa dengan Allah. Dalam mendaki gunung kejayaan pasti ada onak dan duri. Onak dan duri inilah yang mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya.

Kita tidak selalu di bawah dan tidak selalu di atas. Roda kehidupan sentiasa berputar. Jadi jangan sombong dengan apa yang kita ada hari ini. Allah sedang menguji. Semuanya hanya ujian. Allah datangkan kekayaan sebagai ujian. Datangkan kemiskinan sebagai ujian. Menduga kita dengan ujian. 

Adakah kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan ? Jika hayati betul-betul tentang hidup ini. Betulkah kita bersyukur ? Bagaimana cara bersyukur ?

Banyakkk sangat soalan yang hanya kita sendiri yang tahu jawapannya. Muhasabah diri tentang apa yang telah kita lakukan.

Hanya kita dan Allah saja yang tahu. Hanya kerana nak hidup dalam dunia hari kita lupa tentang siapa pencipta semua ini. Pemilik dunia dan alam semesta. Kita hamba harus sedar yang kita perlu turuti segala perintah Allah. Jauhi perkara mungkar.

Kejar dunia harus seiring dengan kejar akhirat.

Alhamdulillah satu lagi motivasi untuk terus bangkit berlari. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.