November 30, 2016

Interferon - Perisai Penting Semula Jadi Badan

Interferon

Interferon ialah protein yang dihasilkan oleh badan kita dengan kuantiti yang sangat sedikit. Ia merupakan sekumpulan bahan-bahan anti-virus yang dihasilkan oleh sel-sel kita sebagai tindak balas kepada kehadiran virus-virus. Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai komponen utama ke arah fungsi imun yang sihat dan keupayaan untuk mengganggu replikasi virus yang dihasilkan oleh sel-sel yang dijangkiti virus serta membantu memperlahankan jangkitan virus. Dengan kata lain, Interferon mampu merangsang sistem imun badan kita untuk melawan jangkitan dan penyakit-penyakit serius tertentu.

Bagaimana Interferon berfungsi?


Setiap hari tubuh kita diserang oleh patogen dan mikrob berbahaya yang mengerumuni persekitaran kita dengan tersembunyi, tidak dapat dirasa dan disentuh, tetapi tidak dinafikan merupakan ancaman kepada kesihatan.

Sistem imun kita telah dicipta untuk melindungi kita. Walau bagaimanapun, kehidupan harian seperti pemakanan yang kurang berkhasiat, tekanan, pencemaran dan keletihan boleh melemahkan fungsi imun badan.

Apabila sel-sel kita diserang oleh virus, ia mengaktifkan satu bahan yang dipanggil INTERFERON. Inteferon dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita dan mempunyai dua fungsi penting:


1. Interferon memberikan isyarat kepada sel-sel bersebelahannya dan mencetuskan fungsi kekebalan.

2. Interferon mengaktifkan sel-sel imun yang membunuh serangan patogen atau bakteria.

Interferon penting untuk melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap berjuta-juta bakteria yang boleh membawa kepada satu siri jangkitan.

Terdedah kepada patogen dan mikrob, keletihan akibat tekanan, pencemaran dan toksin serta diet yang tidak sihat boleh menjejaskan sistem imun kita. Perisai Penting Semula Jadi Badan


Penemuan Dr Kojima


Selepas lebih daripada 40 tahun penyelidikan yang melibatkan pemeriksaan, pengujian dan penilaian terhadap lebih daripada 200 jenis herba, Dr. Yasuhiko Kojima, ahli imunologi terkemuka dunia berjaya menemui formula untuk meningkatkan tahap interferon dalam tubuh manusia pada tahun 1954. Beliau kemudiannya mencipta campuran khasiat yang dipatenkan, terbukti secara klinikal adalah gabungan antara mineral dan ekstrak daripada tumbuhan yang berasal dari benih Labu, bunga Safflower, benih Plantago, dan putik bunga

Honeysuckle Jepun, dimana kesemuanya didapati berupaya untuk membantu:

• Meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan anda

• Mengaktifkan pertahan sistem imun anda dengan lebih cepat

• Mengerakkan pasukan ‘pencarian dan pemusnahan’ sistem imun

Interferon merangsang ekstrak tumbuhan

Kajian-kajian awal makmal mendapati, seawal tiga hari, campuran proprietari yang mengandungi ekstrak tumbuhan semula jadi ini boleh melepaskan potensi penuh sistem imun.

Safeni Feni 
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.