Asal Usul Nama Group Sendiri

Wednesday, February 08, 2017
Dalam bisnes Shaklee, Kami digalakkan untuk menghasilkan satu group sendiri untuk menghebahkan segala info berkenaan dengan produk, promosi dan juga bisnes.

Feni dulu masa buat bisnes Shaklee memang bermula dari kosong, zero dan tak tahu apa-apa. Alhamdulillah dapat masuk group coaching yang sangat best iaitu #teambintang dan foundernya adalah Nad Zaim. Feni adalah cucu kepada Nad Zaim dalam bisnes Shaklee. Mak Shaklee Feni pula ialah Nor Azlina.

Sangat penting untuk kita tahu siapa upline-upline kita bila berada dalam bisnes Shaklee. Ini adalah untuk memudahkan kita mencapai apa yang kita inginkan dalam bisnes Shaklee. Upline-upline inilah yang menjadi mentor kepada kita yang dapat membimbing kita menuju ke puncak. InshaAllah.

Nama Group Feni yang pertama sekali Feni hasilkan ialah PowerPuffGurl. Ramai juga ahli dalam tu walaupun hanya sekadar untuk beli nak makan sendiri. Kemudian Feni hasilkan satu lagi group untuk yang serius nak buat bisnes. Feni asingkan ahli-ahli Shaklee yang nak buat bisnes dengan yang hanya join ahli untuk makan sendiri. 

Nama Group tu TeamJemahGojes. Dalam group tu banyak info-info dan tips-tips bagaimana nak mulakan bisnes. Alhamdulillah semakin hari semakin bertambah ahlinya. 

Dalam group ini kami sama-sama share ELMU bagi memantapkan jualan dan meningkatkan pendapatan masing. Kami belajar cara-cara nak update status, ayat coywriting, info produk, buat poster serta membuat sponsor.

Feni sangat suka masuk group-group coaching yang selalu disediakan oleh upline-upline sebab memang membantu meningkatkan motivasi diri supaya lebih berusaha, lebih bekerja keras dan lebih positif.

Paling Feni suka baca sharing dari mereka tentang amalan rohani bagi menjemput rezeki. Master Checklist kena penuhkan. Rasa macam ada panduan untuk terus bertahan dalam bisnes ini kerana ia sering meriah dengan kata-kata motivasi dan teguran yang sangat membina.

Daripada malu nak buat posting sebab selalu kena sindir dengan teman-teman. Sekarang dah terbiasa. Tak buat posting rasa macam tak syok dan tak seronok. Lepas satu tembok halangan. Nak berniaga di FB ni kena selalu update status. Barulah orang nampak. Bila orang nampak, potensi untuk orang membeli dengan kita sangat tinggi.

Itu salah satu cara nak dapatkan sales. Mentor selalu pesan. Buat betul-betul. InshaAllah Allah tunjuk jalan.

Kita dah buat perkara yang betul dan tak perlu takut nak share benda yang baik sebab suplimen yang kita jual adalah selamat untuk kesihatan. Ia dibuktikan dengan Landmark Study. Ia juga disahkan selamat untuk diamalkan.

Nak join ahli dan nak mulakan bisnes boleh kontek Feni. 

Safeni Feni 

SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780

Email: feni8683@gmail.com





No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.