LANGKAH PENCEGAHAN HFDM

Tuesday, March 07, 2017
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFDM) merupakan penyakit yang sering dialami kanak-kanak. Antara kes HFDM di negara ini adalah disebabkan oleh strain virus Coxsackie A16 (CA16) dan Enterovirus 71 (EV71), dimana kanak-kanak lebih cenderung untuk dijangkiti dan jatuh sakit akibat virus-virus ini.

Kanak-kanak biasanya tidak mempunyai antibodi dan tidak imun selepas pendedahan terhadap virus itu berbanding orang dewasa. Sehingga hari ini tiada rawatan khusus yang boleh diberikan untuk penyakit ini.

Simpton awal HFDM yang boleh dikenal pasti ialah :
  • Demam
  • Kurang selera makan
  • Lesu dan tidak bermaya
  • Sakit Tekak


Selepas beberapa hari simptom ini berlaku, kudis yang menyakitkan akan mula timbul di dalam mulut. Ia berbentuk bintik-bintik merah yang biasanya akan melepuh dahulu sebelum menjadi ulser.

Selain itu ruam seperti lepuh yang tidak gatal juga akan timbul pada tangan, kaki dan mulut.



Langkah mencegah penyebaran penyakit berjangkit seperti ini ialah :-

1) Mencuci Tangan

Mencuci tangan setiap kali ke tandas dan sebelum mengambil makanan. Ini dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit selain menjaga kebersihan di rumah, sekolah dan pejabat.

2) Elakkan mengunjungi tempat-tempat keramaian

Elakkan anak atau orang yang terkena penyakit HFDM ini mengunjungi tempat awam yang ramai orang seperti kolam renang, pusat membeli-belah, taman permainan dan sebagainya. Ini untuk mengelakkan lebih ramai lagi terkena jangkitan.

3) Sentiasa menjaga kebersihan

Membersihkan semua peralatan yang sering digunakan oleh anak-anak seperti barang permainan, alat tulis, cadar dan selimut. Menggunakan cecair pencuci yang membunuh kuman seperti Basic H keluaran Shaklee.



4) Menukar lampin pakai buang dengan segera

Elakkan membiarkan lampin yang bernajis terlalu lama. Segera menukar lampin anak sekiranya dia berak atau kencing.

5) Ibu bapa harus memastikan kebersihan diri

Sebelum menguruskan anak-anak, ibu bapa perlu membersihkan diri bagi mengelakkan penyakit berlarutan.

6) Mendapat nasihat dan rawatan yang sewajarnya daripada pakar-pakar perubatan.

Sekiranya terdapat gejala penyakit HFDM dikalangan anak-anak harus segera mendapatkan rawatan atau nasihat daripada doktor.  



Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

1 comment:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.