March 9, 2017

Tips Bisnes Online - Personal Branding

Assalamualaikum semua.

Lama tak share tentang tips bisnes online. Hari ni nak share sikit pasal Personal Branding bila buat online bisnes ni.

Sebenarnya penting untuk memperkenalkan branding diri kita supaya bila orang sebut jer dah tau siapa dan apa.

Rugi kalau tak buat personal branding ni. Ini penting untuk yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia bisnes online.

Personal Branding penting untuk bina TRUST atau dalam Bahasa Melayu dipanggil KEPERCAYAAN pengguna untuk menggunakan khidmat atau produk yang kita tawarkan.

Bila pengguna percaya dengan kita, amat mudah untuk mendapat CLOSED SALE. Ini kerana bukan mudah nak mendapatkan kepercayaan orang yang tidak kenal kita untuk membeli atau menggunakan khidmat atau produk kita. Tambah-tambah lagi nak keluarkan duit. Maklum sahaja sekarang ni banyak sangat penipuan yang berlaku. Scammer la apa la.

Pengguna internet tidak terhad untuk penduduk Malaysia saja tahu. Jadi gunakan peluang yang ada. 


1) Personal Branding

Gunakan nama yang mudah orang nak ingat. Contoh yang glamor sekarang ialah ZALORA, ZAWARA, NEELOFA dan sebagainya.

2) Selalu Munculkan Diri 

Munculkan diri melalui medium sosial yang selalu orang guna seperti FB, IG, Blog, Twitter dan sebagainya. Update status maksimum 10 kali sehari kalau melalui facebook.

3) Profile Picture

Gunakan gambar muka sendiri untuk profile picture. Jangan pulak letak gambar bunga, kucing atau kartun. Ini akan menurunkan kepercayaan orang lain untuk menggunakan khidmat kita.
Contoh Profile Picture Diri Sendiri

4) Selalu Share Tips

Rajin-rajinkan diri share tips, tak kisah tips apa yang penting untuk kebaikan bersama. Dalam share tu dapat jugak pahala kan.

5) Call-To-Action

Bila dah taip panjang-panjang tu. Buatlah call to action. Ini untuk menarik sahabat fb yang melihat status kita selalu like, komen dan share. Bila ramai yang selalu like, komen dan share. Status kita akan selalu muncul di newsfeed sahabat fb kita yang lain.

6) Doa Kepada Maha Pemberi Rezeki

Ini sangat-sangat penting selain dah buat semua tips. Kerana semua yang berlaku adalah dengan izin yang Maha Pemberi.

Okay ini sahaja tips untuk kali ini. Semoga bermanfaat. 

Yang masih belajar,

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram

Arkib Blog