April 10, 2017

10 Makanan Yang Membantu Meningkatkan Tenaga



1) PISANG

Pisang mengandungi banyak vitamin, mineral dan karbohidrat untuk menghasilkan tenaga bagi tubuh. Bersarapan dengan pisang sebagai hidangan pagi mampu memberikan tenaga sepanjang hari.

2) YOGURT

Yogurt rendah lemak adalah makanan yang sangat bagus untuk memberikan tenaga keranan mengadungi tinggi karbohidrat, protein dan rendah lemak. Yogurt juga membantu memberikan rasa yang mengenyangkan sesuai untuk mereka yang sedang diet.

3) KACANG

Kacang merupakan sumber protein yang sangat baik dan mengandungi serat yang banyak. Memakan kayang membantu rasa kenyang dan bertenaga. Mengambil hidangan kacang ketika waktu senggang adalah snek yang sihat.

4) COKLAT HITAM

Coklat hitam adalah lebih berbanding coklat lain kerana tinggi antioksidan dan rendah lemak. Antara manfaat coklat hitam ialah membantu menghilangkan stress, meningkatkan daya fokus dan menjaga kesihatan jantung.

5) MADU

Madu mengandungi indek glisemik yang rendah kerana tidak mengandungi pemanis tiruan dan mudah dihadam oleh tubuh. Mengamalkan satu sudu madu setiap pagi bukan sahaja membantu menjana tenaga malah sangat baik untuk kesihatan.



6) EPAL

Mengandungi vitamin, serat dan tinggi karbohidrat. Serat yang tinggi dalam buah epal membuatkan perut berasa kenyang untuk tempoh yang agak lama. Memakan buah epal yang banyak juga tidak menjadikan badan gemuk kerana buah epal sangat rendah lemak.

7) TELUR

Telur menyediakan 30% daripada keperluan protein harian kita. Protein sangat penting untuk tubuh bagi membina kekuatan otot dan tulang. Khasiat lemak baik dalam telur membantu dalam menjaga kesihatan jantung dan mencegah strok.

8) ANGGUR

Bukan sahaja memberikan tenaga, buah anggur juga terkenal untuk mencegah pelbagai penyakit membahaya seperti katarak, jantung dan juga kanser. Sangat  bagus untuk kesihatan.

9) SAYUR-SAYURAN

Sayur-sayuran yang banyak  memberi tenaga ialah bayam, brokoli, dan sayuran kekacang. Sayuran sangat penting kerana mengandungi vitamin, karbohidrat dan juga mineral. Sayur-sayuran sangat penting kerana kandungan lemak yang rendah serta diet yang sihat.

10) GANDUM

Gandum adalah makanan altenatif bagi menggantikan nasi. Mengambil sarapan dengan gandum adalah sangat bagus untuk memberikan tenaga kerana tinggi karbohidrat. Sarapan terbaik ialah dengan mengambil roti gandum kerana lebih rendah karbohidratnya berbanding roti putih.

Suplemen untuk meningkatkan tenaga bermula dari dalam :-


Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram

Arkib Blog