10 PERKARA PENTING PERLU DILAKUKAN OLEH IBU YANG MENGALAMI KEGUGURAN

Tuesday, April 11, 2017
Berpantang sangat penting untuk ibu yang mengalami keguguran. Proses berpantang mengikut budaya dan adat resam masing-masing. Namun untuk kandungan yang melebih 22 minggu disarankan untuk berpantang seperti ibu yang bersalin.



Perkara penting untuk ibu yang keguguran ialah :-

1) Memakai pakaian yang tebal dan menutupi badan untuk mengelakkan badan dimasuki angin. Pakai sarung kaki (stoking).


2)  Mengikat rambut ketat-ketat seperti dalam pantang.

3) Menyapu minyak panas ke seluruh badan diserta dengan urutan.

4) Bertungku untuk memanaskan badan serta mengecutkan rahim. Mengeluarkan darah kotor dari rahim.

5) Mandi dengan mandian herba untuk merawat dan menyegarkan tubuh.

6) Elakkan berada di bawah kipas atau memasang pendingin hawa.

7) Memakai pilis untuk mengurangkan sakit kepala.

8) Tidur dan rehat secukupnya.

9) Makan makanan yang sihat dan seimbang. Mengambil suplemen untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

10) Elakkan makanan yang sejuk, angin dan gatal supaya luka dalaman dan luaran cepat sembuh.


No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.