April 25, 2017

5 Kesan Negatif Kafein Kepada Ibu Hamil


Menurut kajian yang diterbitkan melalui Amercan Journal of Obstetrics and Gynecology, had pengambilan kafein tidak boleh melebihi 200mg sehari.

Antara risiko terlebih kafein terhadap ibu hamil ialah :-

1. Kafein boleh menyebabkan penyempitan saluran darah dan mengakibatkan aloran darah ke plasenta berkurangan. Ini boleh mengganggu pertumbuhan bayi.

2. Bayi terdedah kepada kesan buruk kafein kerana kafein boleh memasuki plasenta dengan mudah. Kajian juga mendapati antara masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi ialah kurang berat, kecacatan fizikal, kematian dan sukar tidur selepas dilahirkan.

3. Kafein juga adalah perangsang dan boleh meningkatkan denyut jantung dan tekanan darah ibu hamil. Ia boleh mengakibatkan masalah imsomnia dan pedih ulu hati kerana perembesan asid gastrik di dalam perut.

4. Kesan ini mungkin berlarutan akibat kebolehan badan menyingkirkan kafein semakin berkurang di akhir kehamilan. Gantikan kafein dengan jus buah-buahan segar kerana ia berupaya menyingkirkan kafein.

5. Bayi akan kurang menyerap nutrisi daripada pemakanan ibu disebabkan oleh banyak kafein. Bayi akan dilahirkan dengan masalah kurang nutrisi seperti zat besi dan kalsium. Kafein mengganggu penyerapan zat besi dan kalsium.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram

Arkib Blog