Broaden

April 19, 2017

5 Tips Kurangkan Keletihan Dan Kembali Cergas Ketika Hamil


Wanita hamil mudah berasa letih dan penat disebabkan oleh aktiviti harian yang padat. Menguruskan urusan rumah tangga membuatkan ibu mula berasa letih dan penat.

Jom amalkan tips ini untuk kekal cergas sepanjang hari :-

1. Mengambil Sarapan

Jangan sesekali mengabaikan sarapan pagi. Sarapan sangat penting untuk mengekalkan kecergasan. Pastikan sarapan pagi dengan makanan berkhasiat yang mengandungi zat besi. Untuk penyerapan zat beli yang baik ambil bersama makanan atau minuman yang yang kaya dengan vitamin C.

2. Minum Air Kosong

Air membantu melancarkan peredaran darah. Ia juga membantu tubuh kekal hidrat. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan mudah letih dan lesu.

3. Makan Sikit Dengan Kerap

Mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit secara berulang-ulang membantu tubuh untuk kekal cergas. Amalkan snek yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

4. Mandi dengan kerap

Mandi boleh menyegarkan badan. Gunakan air sejuk atau suam mengikut keadaan semasa. Mandi dapat mengembalikan kesegaran tubuh supaya kekal cergas dan bertenaga.

5. Rehat dan Tidur Secukupnya

Wanita hamil selalunya tidak dapat tidur dengan lena ketika tempoh akhir kehamilan. Gunakan bantal yang sesuai untuk tidur. Tinggikan kaki ketika tidur membantu melancarkan perjalanan darah.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram

Arkib Blog