April 22, 2017

7 Kebaikan Senaman Berjalan Kaki Untuk Ibu Hamil


Saiz perut yang semakin membesar membuatkan ibu hamil jarang bergerak. Ibu perlu lebih rajin melakukan senaman berjalan kaki kerana banyak manfaatnya. Mengambil masa antara 20 hingga 25 minit sehari sudah cukup membantu ibu supaya lebih cergas dan sihat.

Antara kebaikan senaman berjalan kaki untuk ibu hamil ialah :-

1. Membantu ibu mengekalkan berat badan yang sihat disamping mengelakkan penyakit diabetis dikalangan ibu hamil.

2. Memberikan tenaga kerana berjalan kaki mampu membuatkan ibu berasa cergas dan aktif.

3. Mengurangkan tekanan ketika hamil. Bersenam mampu mengelakkan ibu berasa stress kerana berjalan di taman mampu memberikan perasaan aman dan tenang disamping menghirup udara segar.

4. Tidur dengan lena. Ibu yang rajin melakukan senaman lebih mudah tidur berbanding ibu yang kurang melakukan senaman.

5. Ibu akan berasa lebih sihat dan bersemangat untuk proses bersalin nanti.

6. Ibu aktif membantu anak menjadi aktif. Berjalan sambil berborak dengan si manja dalam kandungan membantu merangsang otak bayi.

7. Memudahkan proses bersalin. Selalunya bila berada di dalam wad untuk bersalin. Doktor akan menyarankan supaya ibu berjalan-jalan sekitar wad supaya proses bersalin mudah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram

Arkib Blog