April 7, 2017

8 Tips Untuk Mengelakkan Kencing Kotor Semasa Mengandung

Semasa hamil anak pertama Feni pernah kena tahan wad dan dimasukkan air sebanyak 21 botol disebabkan kencing kotor. Masa tu stress sangat sebab kena tahan wad. Maklum sajalah baru hamil anak pertama dan kurang pengalaman tentang kehamilan.

Kencing kotor adalah jangkitan kuman di saluran kencing atau Urinary Tract Infection (UTI). Jangkitan kuman melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh).

Wanita yang mengandung lebih mudah mendapat jangkitan berbanding wanita tidak mengandung kerana sebab-sebab berikut :-

1) Perubahan hormon ketika mengandung. Hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah, seterusnya merenggan dan melambatkan pengaliran kencing.

2) Saiz rahim yang membesar menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.

3) Air kencing wanita mengandung lebih berasid dan lebih pekat kandungan gula disebabkan perubahan hormon menyebabkan bakteria mudah membiak.


Amalkan tips berikut untuk mencegah kencing kotor daripada lebih teruk :-

1) Minum air kosong yang banyak bagi membantu mengeluarkan kuman yang ada dalam pundi kencing.

2) Jangan menahan kencing sekiranya ingin membuang air kecil. Perbuatan menahan kencing menggalakkan pembiakan bakteria pada pundi kencing.

3) Menjaga kebersihan diri. Lap kawasan vagina dari depan ke belakang untuk mengelakkan bakeria merebak dari kawasan dubur ke uretra setiap kali membuang air kecil.

4) Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan longgar. Elakkan memakai pakaian yang ketat atau kain yang diperbuat daripada nylon ketika mengandung.

5) Buang air kecil sebelum dan selepas bersama suami.

6) Menukar pantiliner atau seluar dalam lebih kerap jika berpeluh atau kotor.

7) Kurangkan pengambilan makanan yang manis atau berkafein.

8) Mengamalkan Vitamin C ( antara 250 - 500mg), Beta-carotene (25,000-50,000 IU) dan Zinc (30-50mg) sehari untuk melawan jangkitan kuman kalau daya tahan badan sangat lemah.



Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram

Arkib Blog