9 Penyebab Luka Pembedahan Caesarean Terbuka Semula Dan Lambat Sembuh

Sunday, April 09, 2017



Banyak faktor penyebab luka pembedahan terbuka semula dan lambat sembuh. Antara penyebabnya ialah :-

1) Pemakanan yang tidak seimbang semasa dalam pantang boleh membuatkan luka lambat sembuh. Berpantang secara tradisional selalunya hanya boleh makan makanan yang kering-kering dan tidak berkuah. Makanan yang tidak seimbang dan kurang zat boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan risiko jahitan terbuka semula.

2) Jangkitan kuman pada luka. Kuman ini selalunya berasal dari kulit kita sendiri atau komensal. Namun risiko luka pembedahan yang disebabkan oleh komensal hanya 1 %.

3) Pembedahan caesarean yang dilakukan secara kecemasan.

4) Ibu yang mengalami masalah obesiti kerana ketebalan tisu lemak dan kulit melambatkan proses penyembuhan kerana lipatan kulit yang menyebabkan kawasan luka sentiasa lembab atau berpeluh menjadi tempat pembiakan kuman.

5) Tidak menjaga kebersihan diri dan kurang mandi selepas pembedahan. Tidak membersihkan sekitar luka pembedahan. 

6) Kurang minum air lepas bersalin semasa berpantang menyebabkan badan mengalami dehidrasi dan melambatkan luka sembuh.

7) Banyak bergerak yang melibatkan regangan. Sebaiknya waktu berpantang harus lebih banyak berehat dan melakukan aktiviti yang ringan-ringan tanpa membebankan bahagian perut.

8) Kekurangan zat terutamanya untuk ibu yang menghidap anemia atau kekurangan darah yang menyebabkan kurang oksigen kepada tisu yang sedang aktif semasa proses penyembuhan.

9) Selain itu tindakan menyapu minyak di atas permukaan luka. Minyak tersebut boleh menjadi medium untuk pertumbuhan luka.

Sekiranya luka berlambah teruk, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan.

Pengambilan makanan yang seimbang semasa berpantang membantu dalam proses penyembuhan luka.


TESTIMONI VIVIX YANG BERJAYA MENYEMBUHKAN LUKA BERSALIN





Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.