5 Langkah Mencegah Strecthmark Ketika Hamil

Thursday, May 04, 2017

Strecthmark sering berlaku di kalangan ibu hamil. Strecthmark atau rekahan kulit adalah parut kecil yang terjadi di permukaan kulit akibat daripada kesan regangan kulit yang semakin membesar sewaktu hamil.

Rekahan ini sering terjadi di bahagian perut, payudara, punggung, pinggul, paha dan ada juga di bahagian lengan. 90% wanita mengalami kesan regangan semasa hamil. 

Antara langkah untuk mencegah strecthmark ialah :

1. Sapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera di bahagian yang mengalami kerekahan.

2. Waktu paling sesuai untuk menyapu losyen ialah selepas mandi supaya kulit sentiasa segar dan lembab.

3. Banyakkan minum air kosong untuk membantu melembabkan kulit. Elakkan minuman yang berkafein dan beralkohol yang menyebabkan kulit menjadi kering.

4. Makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, yogurt, susu segar dan sayur-sayuran supaya kulit mendapat khasiat untuk kekal sihat.

5. Melakukan senaman untuk membantu melancarkan peredaran darah dan membantu mengekalkan peredaran tersebut dalam keadaan stabil. Antara senaman yang disarankan ialah berjalan atau berenang.

Ibu yang sangat prihatin dan pentingkan kecantikan diri tidak mengambil mudah tentang rekahan ini perlu memulakan langkah awal supaya kesan strecthmark dapat dikurangkan. 

Tanpa langkah awal berkemungkinan ibu akan kekal dengan kesan rekahan sepanjang hidup.






No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.