June 15, 2017

BONUS SHAKLEE DAH MASUK SEMALAM

Pagi semalam kan. Tangan kanan dok gatai-gatai jer. Cakap dengan en. hubby. Abah ummi gatai tangan kanan lah. Ermm duit nak masuk le tew. Alhamdulillah.

Sampai ofis. Terus terkam mesin fotostate sebab takut dapat kat orang. Dari pagi sampai tengahari buat kerja tak berhenti. Cek buku, fotostate, buka binding tu. Berulang-ulang mak jemah buat. 

Kadang-kadang geram dengan bos. Dah yang original tu blur suruh kita buat bagi terang. Siap terjerit-jerit lagi. Sabor jela. Buat jugak la sampai siap. Masa rehat tak rehat pun dok buat benda tu. Tengah dok buat tu dia datang. Feni, u rest la. pergi sembahyang. Alhamdulillah walaupun bos aku ni dia gak cerewet tapi paham jugak la. Nak wat macam mana dah dia bos dan kita ni kuli. Kena lah ikut arahan.

Bila dah sibuk handphone semua tak sempat nak tengok. Petang dah settle baru boleh ushar handphone. Tengok beribu wasap dan telegram. Buka meben2u. Ada la sikit bonus Shaklee masuk meben. Alhamdulillah terubat hati bila tengok ada duit masuk.

Tak gembira kau ? Tengah-tengah bulan ni orang sibuk dok cari baju raya anak-anak. Aku tak beli lagi. Minggu depan dah nak raya dah. Baju anak-anak je yang penting. Baju sendiri pun penting jugak sebab badan dah bam-bam.

Apapun alhamdulillah. Ada jugak pendapatan sampingan sambil-sambil dok saja ni. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram

Arkib Blog