TIPS CANTIKKAN MUKA DENGAN APA YANG ADA DI DAPUR SAHAJA

Thursday, July 13, 2017
Feni ni kerja hari-hari naik motor. Bila dah naik motor hari-hari muka macam kering dan kusam sebab kena habuk dan debu di jalanan. Nak datang kerja bukan dekat. Jauh juga dalam setengah jam baru sampai opis.

Teringin nak beli berus muka yang banyak dok promote kat fb tu. Usharlah zalora dan lazada kot-kot dapat murah. Kehkehkeh.



Sambil-sambil dok scroll fb tu terjumpa satu cara paling mudah dan murah untuk buang whitehead dan blackhead yang banyak meliar di muka.

Caranya mudah saja. Ambil ubat gigi dan dicampurkan dengan soda bikarbonat. Sebatikan kedua-dua bahan ini. Kemudian ambil berus gigi kemudian gosoklah muka. Bahagian yang paling banyk whitehead dan blackhead ialah bawah bibir dan hidung. Jadi Feni banyakkan menggosok bahagian tu.

Bila dah siap bilah dengan air bersih. Lap muka dengan tuala. Rasanya sejuk dan segar. Bila sentuh bahagian hidung yang macam kulit durian tu dah licin. Rasa best sangat.

Bahan-bahan diperlukan hanya :-

1. Ubat gigi
2. Soda bikarbonat
3. Berus gigi

Selamat mencuba !

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.