5 PANDUAN PERSEDIAAN UNTUK HAMIL

Thursday, August 17, 2017
Zuriat adalah salah satu pengerat kasih sayang antara suami isteri. Ramai yang berkihktiar untuk mendapatkan zuriat sendiri bagi mengisi kekosongan alam rumah tangga. Anak adalah permata yang yang menyerikan sesebuah ikatan perkahwinan.

Beberapa panduan persediaan untuk hamil yang boleh diamalkan oleh pasangan suami isteri sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat sendiri.




1. AMALKAN SUPLEMEN UNTUK MEMBANTU KESUBURAN

Suplemen yang disarankan untuk cepat hamil ialah Asid Folik, kalsium dan multivitamin. Kesemua ini dianggap vitamin wajib untuk hamil.


B-Complex

Sesuai diamalkan sebulan sebelum kehamilan sehingga 12 minggu pertama. B-Complex mengandungi asid folik yang membantu perkembangan saraf dan otak bayi. Keperluan asid folik harian ialah 400 mikrogram (mcg) sehari dan meningkat sehingga 1000 mcg sehari ketika hamil. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan bayi mengalami kerosakan tiub saraf.

Ostematrix atau Kalsium

Kita memerlukan kalsium tidak kira hamil atau tidak. Ibu hamil disarankan supaya mengambil minima 1000mg kalsium sehari. Lebih kurang 2 gelas susu. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan ibu berasa lenguh dan mengalami kekejangan ketika hamil.

Multivitamin atau Vitalea

Multivitamin yang kaya dengan mineral dan vitamin membantu dalam membentuk sel darah merah. Ia akan membantu badan supaya lebih sihat dan cergas sepanjang tempoh kehamilan. Ia juga membantu meningkatkan HB dikalangan ibu hamil. HB yang rendah boleh membawa risiko tumpah darah ketika bersalin.

Vitamin C

Vitamin C memang terkenal untuk mengatasi masalah jangkitan. Mengimunkan ibu dan bayi dari penyakit seperti selsema, batuk dan demam. Vitamin C penting untuk proses kehamilan dan memainkan peranan dalam penghasilan HB dan sel darah merah.

Vitamin E

Untuk lelaki pula disarankan mengamalkan Vitamin E setiap hari bagi meningkatkan bilangan sperma serta memekatkan air mani. Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU hingga 800IU Vitamin E setiap hari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.



2. KIRA WAKTU SUBUR

Sentiasa memantau tarikh dan waktu subur. Untuk hamil sangat penting untuk mengetahui kitaran haid dan kesuburan diri. Sebaiknya install la kalendar period di telefon pintar supaya mudah untuk pantau waktu subur.

3. DAPATKAN NASIHAT DOKTOR

Sebaiknya jumpalah doktor terlebih dulu sekiranya ada masalah kesuburan seperti haid tidak teratur, berat badan berlebihan atau untuk lelaki pula sperma terlalu cair.

4. AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT

Elakkan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol, makan berlebih dan kurang bersukan. Banyakkan makan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian. Pilih makanan yang tinggi protein, kalsium dan vitamin. Kurangkan makanan yang berkarbohidrat. Pilih makanan yang rendah GI (Glisemik Indek) dan kurang manis.


5. RANCANG KEWANGAN

Kewangan sangat penting dalam apa juga keadaan. Bersedia dengan sejumlah perbelanjaan untuk rawatan susulan kehamilan, persediaan barangan bayi, kos bersalin dan perbelanjaan selepas itu. Mulakan menabung ketika anda merancang untuk hamil lagi.

Semoga berjaya.

Untuk tempahan boleh terus klik  <SET HAMIL>

Atau hubungi Feni melalui medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.