August 13, 2017

5 Tips Untuk Ibu Hamil Yang Mengalami Sembelit Ketika Berpantang

Sembelit dikalangan ibu hamil, bersalin dan berpantang memang tidak boleh dinafikan.

Berikut adalah faktor-faktor masalah sembelit terjadi kepada kalangan ibu-ibu selepas bersalin:

Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.

Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormone progesterone yang tinggi semasa hamil.

Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka epistomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

Cara atasi sembelit selepas bersalin:

1. Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.

2. Terus ke tandas jika rasa mahu 'membuang' walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

3. Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.

4. Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C yang memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomy ataupun luka caesarean.

5. Amalkan suplemen yang sesuai semasa berpantang kerana bukan sahaja membantu mengatasi masalah sembelit malah mempercepatkan proses penyembuhan. Antara suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk ibu bersalin bagi mengelakkan sembelit ialah Alfalfa, Ostematrix dan Vitamin C. Kesemua vitamin ini terdapat dalam Set Berpantang Shaklee.

Kontek Feni untuk order +601115672780

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram

Arkib Blog