7 TIPS KEKAL BERMOTIVASI UNTUK BUAT BISNES

Monday, August 21, 2017
Dalam buat bisnes ni memang ada pasang surutnya terutama yang buat bisnes online macam Feni ni. Kadang-kadang datang juga perasaan down sampai nangis tepi bucu katil. Memikirkan tentang cabaran hidup dan sara hidup yang makin meningkat sekarang ni terpaksa juga bertahan demi mencari rezeki yang halal dan diberkati. Jom Feni share kembali 7 tips kekal bermotivasi untuk bisnes yang pernah Mak Bintang share dalam group whatsapp #teambintang.


1. JADI KREATIF

Buat bisnes online ni kena kreatif. Kena sentiasa cari idea-idea baru supaya orang minat untuk membaca posting kita terutama yang selalu guna FB atau IG. Kena bijak dalam memilih tajuk-tajuk posting. Orang akan tertarik dengan sesuatu yang unik dan lain dari yang lain.

2. KERJA BERKUMPULAN

Alhamdulillah Feni dalam bisnes Shaklee tak buat kerja sorang-sorang. Kami buat secara berkumpulan. Kalau nak buat sorang-sorang rasa sesak juga. Contohnya nak buat poster, nak cari info dan nak buat posting. Kami kadang-kadang share idea dalam group supaya sama-sama boleh dapat manfaat.

3. JANGAN BANDINGKAN DIRI DENGAN OTAI-OTAI

Sedar diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri dengan cara sendiri. Jangan bandingkan diri dengan mereka yang dah berjaya sebaiknya gunakan cara macam mana mereka berjaya. Kalau rasa macam posting-posting otai tu membuatkan rasa stress, tekan je butang unfollow. Jangan biarkan aura negatif itu membuatkan kita jadi stress dan down.


4. JADIKAN KAWAN SEBAGAI LAWAN

Dalam bisnes kita bukan sahaja bersaing dengan diri sendiri. Menjadikan kawan dalam group sebagai lawan untuk menjadi lebih baik juga adalah salah satu motivasi untuk terus bertahan dan berjaya. Jangan berdengki dengan mereka sebaiknya jadikan pendorong untuk lebih berjaya.

5. BERFIKIRAN MACAM ORANG BERJAYA

Orang berjaya akan sentiasa ada plan dan target untuk berjaya. Sentiasa berfikiran positif dan membuat tindakan yang hebat untuk merealisasikan apa yang dirancang. Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal selamanya. Ramai orang yang berjaya kat dunia ni bermula dengan gagal berkali-kali.


6. BERANI SAHUT CABARAN

Bila ada apa-apa cabaran, jangan takut untuk mencuba. Jangan takut dengan rejection. Sekali orang rijek tak bermakna orang lain pun akan rijek. Yang penting terus mencuba. Jangan putus asa dan teruskan untuk mencapai apa yang ingin dicapai. Kekalkan motivasi untuk terus maju dalam hidup ini.

7. TIADA ALASAN UNTUK BERJAYA

Yang ni sendiri boleh faham. Kita boleh cipta seribu alasan untuk berjaya dan seribu alasan untuk tidak berjaya. Jadi tepuk dada tanya selera.

Selamat beramal !

Sekiranya anda juga berminat untuk menjadi ahli #teambintang dan menjalankan bisnes Shaklee secara online atau offline bolehlah menghubungi Feni :-


Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com



No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.