JALAN-JALAN NAIK MRT KE MUZIUM NEGARA

Monday, August 28, 2017
Semalam kami anak beranak meluangkan masa untuk naik MRT sebab sejak dibuka kami tak pernah naik lagi kecuali Abang Aus yang dah naik bersama rombongan Tadika Kemas.

Pagi-pagi kami bersiap untuk pergi jalan-jalan. Breakfast nasi berlauk dulu kenyang-kenyang. Lepas tu terus bawak anak-anak. Bukan main seronok lagi bila dapat berjalan.

Kami parking kereta dekat Taman Suntex di Batu 9, Cheras. Tak tahu nak pergi mana sebenarnya. Hanya nak naik MRT. Mulanya kami nak pergi Bukit Bintang tapi tak jadi sebab Abang Aus nak pergi Muzium Negara. Dia memang suka pergi Muzium. Suka sangat tengok benda-benda lama. Jadi ummi dengan abah layankan saja.




Muka happy sebab boleh naik MRT. Sampai sana jalan kaki menuju ke Muzium. Kami tak tahu pun yang lif tu terus ke depan Muzium. Kalau tahu naik lif terus sampai depan pintu Muzium. Sebelum masuk muzium nampak kereta kebal askar. Pergi tengok kereta kebal dulu. Abang Aus suka sangat. Dia kata power, power. Hihi





Sebelum pintu masuk Muzium kami jumpa kolam air pancut dan mereka pun bergembira.



Bayaran tiket untuk masuk ke Muzium ialah RM2.00 sahaja untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 12 tahun percuma. Jadi ummi dengan abah jelah yang kena beli tiket. Kami masuk dalam tu dalam sejam je. Tak boleh ambik gambar dalam muzium sebab awal-awal lagi dah ada warning no kamera tapi kat dalam tu ada jugak yang ambik. Kami ni kan warganegara yang berhemah. Kena patuh arahan. 


Letih berjalan jom cari makan pulak. Tekak haus betul. Adik Rayyan nampak sosej nak sosej. Nampak ais krim nak ais krim. Hahaha apa-ape jelan untuk anak-anak kan. 










Dah habis jalan kami pun balik. Tak lama pun dalam sejam je. Naik MRT dari Muzium Negara ke Taman Suntex ambil masa dalam 30 minit sahaja. Sempena 50% diskaun sehingga 31 Ogos ni kami berpeluang naik MRT dengan harga lebih murah. Tambang MRT RM1.60. Habis tempoh diskaun ni tak tahulah berapa pulak tambangnya. Mungkin RM3.20 atau kurang atau lebih. 




No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.