MENU WAJIB BILA HARI MINGGU - SIAKAP 3 RASA

Sunday, August 27, 2017
Bila hari kerja memang tak berasaplah dapur. Kalau bersap pun hanya masak makanan yang ringkas saja macam telur goreng, telur dadar, sambal dan sup yang tak perlukan bahan yang banyak. Hari minggu lah hari yang best dan boleh masak guna masa yang lama. Hihi

Antar menu wajib masak ketika hujung minggu ialah Siakap 3 Rasa Versi Mak Jemah.

Bahan-bahannya :-

1 Ekor ikan siakap (besar ikut suka)
Bawang Merah - Potong dadu
Bawang Putih - Potong dadu
Cili Merah 
Cili Api

Tomato - Potong dadu
Nenas  - Potong dadu
Serai diketuk
Sebiji bawang merah dan sedikit cili kering dikisar

Sos tomato
Sos ikan
Garam dan gula secukup rasa

Ikan dibersihkan dan diperap dengan garam dan serbuk kunyit kemudian goreng. Asingkan.

Sos 3 Rasa
Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili api, cili merah dan serai. Bila dah naik bau dan garing masukkan bahan-bahan kisar tadi (bawang merah & cili kering). Masukkan sos ikan, sos tomato garam dan gula sesedap rasa. Mak Jemah akan tunggu sehingga mendidih dan pecah minyak sikit. Baru masukkan nenas dan tomato. Kacau rata tutup api dan sedia dihidangkankan.



Mak Jemah masak 2 ekor sebab adik beradik ramai. Kalau masak sekor tak cukup. Hihihi.

Selamat mencuba !

No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.