TIPS KESELAMATAN BALIK KAMPUNG KETIKA BALIK RAYA

Monday, August 21, 2017
Minggu depan kita nak sambut hari kemerdekaan dan seterusnya raya haji. Hati gembira tak terkata. mesti ramai yang ambil keputusan untuk balik raya di kampung. Aktiviti wajib bagi kami satu family bila tiba musim raya. Nak-nak pulak raya haji bagi orang Kelantan memang rugi sangat kalau tak balik. Suasana raya haji di sana lebih meriah kalah raya aidilfitri. Jom ikuti beberapa tips keselamatan balik kampung ketika balik raya :-

1) SEDIAKAN JADUAL 

Selalunya Feni akan sediakan satu list barang-barang untuk balik kampung. Antara kandungan dalam list tersebut mestilah barang-barang peribadi diri untuk semua ahli keluarga. List ni penting supaya barang penting tidak tertinggal.


2. LAPORKAN RUMAH KOSONG DI BALAI POLIS

Setiap kali nak tinggalkan rumah, pastikan buat laporan rumah kosong di balai polis terdekat. Mereka ada sediakan buku rekod/borang untuk diisi. Anggota polis yang bertugas akan meronda dan menghantar laporan harian kepada anda. Pastikan memang tak ada orang dalam rumah atau datang ke rumahlah. Karang tak pasal2 pulak kena masuk lokap.

3. BAGITAHU JIRAN YANG YANG RAPAT

Sebelum balik kampung eloklah bagitahu jiran tetangga yang tak balik kampung supaya tolong tengok-tengokkan rumah. Tinggalkan nombor kita supaya senang dihubungi sekiranya terjadi sesuatu.

4. SEDIAKAN SUPLEMEN UNTUK KEKAL CERGAS SEMASA DALAM PERJALANAN BALIK KAMPUNG

Ini memang penting. Selalunya Feni akan sediakan makanan dan minuman untuk kami sekeluarga. Maklumlah bila balik kampung musim-musim perayaan ni banyak tempat R&R akan penuh dan sesak dengan orang ramai. Jadi masa nak makan minum tu dah jimat. Kadang-kadang kami berhenti makan kat tepi kereta saja. Tak lupa energy booster untuk kami iaitu performance drink dan cinch tea supaya kekal cergas dan bertenaga sepanjang perjalanan.



5. PASTIKAN KEADAAN RUMAH SELAMAT UNTUK DITINGGALKAN

Kunci semua pintu dan tingkap, buka kepala tong gas, buang sampah dan mulakan perjalanan dengan bacaan doa. 

Selamat jalan dan selamat menyambut hari raya bersama keluarga tersayang.


Sekiranya ada yang berminat untuk membuat pesanan produk bolehlah menghubungi Feni :-


Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.