WARNA KEGEMARAN SAYA

Thursday, August 24, 2017
Bila dapat tajuk task macam ni teringat pula masa kecik-kecik mesti ada warna kegemaran. Siap bercop-cop lagi. Aku warna biru, kau warna merah. Pastu tak boleh sama pulak tu. Kalau sama akan dikata meniru. Hahaha

Indah sungguh zaman kanak-kanak ribena. Hanya tau main dan makan je. 

Warna kegemaran Feni ialah Pink. Suka sangat warna pink. Kalau pilih baju ke ape ke mesti tertarik dengan warna pink. Bila pergi jalan-jalan pasaraya ke kalau ada benda warna pink mesti nak pegang. Baju pulak banyak warna pink.

Sekarang ni dah tak kisah warna apa pun janji selesa. Pink tu tetap ada. Kalau nak hias rumah dengan warna pink macam tak sesuai sebab anak-anak semua lelaki. Kena pilih warna yang sesuai untuk anak lelaki. Kalau pilih pink macam anak perempuan pulak kan. 

Feni paling suka baju dress pink yang buat masa kenduri kahwin acu sebab kaler dia cantik dan terang gitu dan paling penting nampak slim. Ahakss.


Apa pulak warna kegemaran korang ? Mehla share dengan Mak Jemah.

#gempakbintang
#gempakbintang2017



No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.