PROSES PENGELUARAN SUSU IBU

Thursday, November 23, 2017
Ramai ibu-ibu hari ini terpaksa bekerja untuk menambah pendapatan keluarga. Ibu terpaksa mengambil keputusan untuk kembali bekerja.

Ramai ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum. Jom kita tengok video tentang proses pengeluaran susu ibu.


Dapatkan nutrisi yang betul untuk ibu dan bayi ketika proses menyusukan anak. Menyusukan anak perlukan kesabaran yang tinggi. Ramai ibu-ibu yang cepat berputus asa dalam memberikan susu ibu kepada si manja tersayang.

Dengan ilmu yang betul dan cara yang betul, inshaAllah masalah susu merudum boleh diatasi. Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar untuk proses menyusukan anak supaya dapat memberikan nutrisi yang terbaik untuk si manja tersayang.

Susu ibu adalah yang terbaik untuk si manja, namun bagi ibu-ibu yang tidak berupaya untuk menyusukan anak secara penuh, jangan mudah putus asa. Carilah ibu susuan yang sesuai sebagai alternatif selain memberikan susu formula.

Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali menyusukan anak, mungkin belum cukup ilmu dan pengalaman. Namun peluang untuk belajar masih boleh diteruskan.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.